Home Petua Tips “Saya Tersepit Doktor”. Itu Terfikir Nak Lari Dari Rumah. Segala Puncanya Mmg...

“Saya Tersepit Doktor”. Itu Terfikir Nak Lari Dari Rumah. Segala Puncanya Mmg Tak Disangka Tapi Dr ni Jelaskan Knp

213
0

Dia datang mengadu sentiasa berdebar, mengantuk tetapi mata tak boleh lelap, sentiasa lesu, tiada fokus bila bekerja. Dia juga mengaku ada pernah terfikir nak lari rumah.

Mula terkejut juga.

Bayangkan, lelaki berumur 45 tahun, ada anak bini, ada ibubapa, ada kerja, tapi nak lari dari rumah sendiri. Aneh, kan? Namun apabila saya sudisiasat elok-elok, saya nampak apa masalahnya. Saya faham mana datangnya niat nak lari rumah tu.

Lelaki ni tersepit, bukan dalam erti kata fizikal, namun dia tersepit antara tanggungjawab sebagai seorang anak dan sebagai seorang bapa. Bebanan memikul tanggungjawab berganda itu buat dia sangat stress, dan dia mula ada tanda-tanda awal kemurungan.

Stress adalah sesuatu yang mudah berlaku kepada generasi sandwic seperti lelaki ni. Ia juga boleh menjadi punca kemurungan.

Apa tu generasi sandwic?

Generasi sandwic adalah generasi yang dihimpit tangggungjawab menjaga generasi sebelum dan selepasnya. Mereka tergolong dalam generasi ini adalah individu yang berumur 40-50an yang perlu menanggung ibu bapa yang berusia 60-80an dan anak-anak yang berusia 15-20an.

Mengapa ini berlaku?

Generasi ini terbentuk apabila berlaku anjakan pada perkembangan kesihatan dan sosioekonomi negara(dan dunia).

Anak-anak zaman sekarang lazimnya mula bekerja lambat kerana menyambung pelajaran. Umur 25, masih belajar, makan minum dan perbelanjaan harian
masih ditanggung oleh ibubapa.

Selain itu, jangka hayat rakyat Malaysia pun semakin panjang. Warga emas yang sudah sudah tidak bekerja ni perlu ditanggung juga, dan lazimnya perlukan perhatian yang lebih terutamanya dari aspek kesihatan.

Maka, generasi sandwic ini terdedah kepada tekanan hidup yang tinggi kerana perlu memastikan memikul tanggungjawab memberi sokongan kewangan, perlindungan, kesihatan dan emosi kepada ibubapa, diri dan pasangannya, serta anak-anak.

Satu rumah, penghuninya 7-10 orang. Kena kerja dua pekerjaan. Suami isteri kena kerja. Sehari-hari kena kerja kuat untuk pastikan semuanya cukup, sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

Itu yang ada terfikir nak lari rumah, nak lari dari tangggungjawab, kerana dah tak tertanggung lagi bebannya tu. Hal ini juga menyebabkan ada kes anak-anak terabai, warga emas terbiar, rumah tangga cerai berai, kemurungan dan sebagainya.

Jika kita anak, kasihanilah ibubapa kita. Jika kita ibubapa, kasihanilah anak-anak kita. Jangan lupa kasihani diri sendiri juga. Diri kita ni pun sama penting dengan ibubapa dan anak kita. Kena saling menjaga, kena saling memahami dan mengasihani.

Orang selalu cakap, orang zaman sekarang ni tak kental macam orang dulu. Pada saya, bukan orang zaman sekarang ni lemah, tetapi zaman ini memang penuh dugaan. Dugaan yang baharu. Dugaan yang dulu tiada. Tak adil kita bandingkan.

Sahabat, jika ada nampak orang mengeluh, mengadu, atau meluah perasaan di media sosial, tak usah cepat sangat kita label mereka sebagai lemah dan tak ada ketahanan dalam menghadapi cabaran. Tak usah cepat kecam. Tak usah mudah generalisasikan.

Ketahuilah, ada insan-insan di luar sana yang dah sehabis kudrat cuba untuk tampung hidup sendiri dan semua yang di bawah tanggungnya, atas dan bawah, kiri dan kanan. Bila mereka mengeluh tu, ada kalanya bukan kerana tak bersyukur, tetapi meminta bantuan. “A cry for help” kata orang putih.

Apabila di hadapan kita ada orang yang orang meminta bantuan, tetapi kita tak menyedari permintaan itu, maka kitalah orang yang gagal dalam ujian hidup ini. Lebih-lebih kalau kita pergi kecam pula permintaan itu. Kita kvtuk. Kita h1na.

Sebenarnya kita sama-sama diuji. Mereka diuji dengan kesusahan, dan kita diuji dengan kesenangan. Jika kita pinjamkan sikit kesenangan kita untuk kambus sikit kesusahan mereka, kita sama-sama akan lulus ujian ini. Itu sahaja caranya.
Ini ujian kita.

 

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Director at Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

Medical Doktor at Klinik Maimunah

Sumber : fb Dr Kamarul Nor Sadan

Previous articleSemua Org Ikut SOP Sekali Wanita Ni Tegur DG Hisham Tak Pakai Mask.Ini Pula Respon DG Hisham
Next article“Maaf Dulu Saya Reject Awak,Blh Tak Awk Terima Saya Semula”. Kec0h Lelaki 21 Thn Jadi Jutawan Dan Ini Berlaku Pdnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here