Home Petua Tips Bila Menteri Agama Beri ‘Lesen Penuh’ Sekali Pesuruhjaya ICJ Ambiaga Masuk Campur...

Bila Menteri Agama Beri ‘Lesen Penuh’ Sekali Pesuruhjaya ICJ Ambiaga Masuk Campur “Itu Diskriminasi Pd Transg3nder”

205
0

Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) mengecam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Dr Zulkifli Mohamad yang memberikan “lesen penuh” kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan terhadap tr4nsgender.

“ICJ meminta menteri untuk membatalkan arahan itu dengan segera dan mengambil langkah-langkah bagi memastikan perlindungan yang sama dan tiada diskriminasi terhadap semua orang di Malaysia, termasuk golongan LGBT,” kata ICJ dalam satu kenyataan.

Pada 10 Julai lalu Zulkifli memberi “lesen penuh” kepada penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan terhadap transgender mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Menteri Hal Ehwal Agama

Pun begitu menurut Zulkifli, tindakan yang akan diambil bukan hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya “tarbiah” yang lebih utama.

Langkah tersebut menurut anggota Dewan Negara itu agar golongan terbabit dapat kembali ke pangkal jalan.

Pesuruhjaya ICJ Ambiga Sreenavasan berkata, serangan bersifat transfobia dan homofobia daripada pegawai kerajaan adalah tidak boleh diterima, dan menunjukkan prasangka masyarakat dan kurangnya perlindungan undang-undang berkenaan diskriminasi yang dihadapi komuniti tr4nsgender.

“Berbanding memastikan hak asasi dan martabat semua orang dihormati dan dilindungi, menteri melalui kenyataannya telah melakukan perkara yang bertentangan dengan mengambil tindakan tehadap golongan tr4nsgender.

“Menteri mengabsahkan gangguan, diskriminasi dan kekerasan terhadap komuniti tr4nsgender,” katanya lagi.

Pada masa ini, seorang lelaki yang menyerupai wanita atau memakai pakaian wanita boleh dikenakan tindakan undang-undang jen4yah di bawah peraturan agama peringkat negeri.

Ambiga turut mengambil maklum dengan rancangan Zulkifli untuk melaksanakan proses pemulihan terhadap kumpulan tr4nsgender.

Katanya, pelbagai kajian telah menunjukkan program seumpama itu hanya memburukkan keadaan mereka.

“ICJ juga maklum akan pengalaman stigma, peminggiran dan kekerasan oleh keluarga dan komuniti (terhadap golongan itu) yang membawa kepada risiko kesihatan dan kesihatan mental yang besar terhadap individu transgender,” katanya lagi.

Beliau berkata ICJ menggesa kerajaan mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak menafikan hak asasi manusia setiap individu dengan memastikan golongan tr4nsgender dan semua warga mendapat perlindungan undang-undang daripada diskriminasi, seterusnya hidup tanpa prejudis, gangguan dan pencabulan terhadap hak mereka.

Sumber : mykini

Previous articlePendakwah S4man Siti Kasim RM2 Juta
Next articleSetelah Disoalsiasat Selama 11 Jam,Syed Saddiq Tinggalkan Bangunan SPRM,Ini Penjelesan Pegawai SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here