Home Petua Tips Sekelas tapi tak bertegur, kemudian dating di tembok ala ‘makcik bawang’… akhirnya...

Sekelas tapi tak bertegur, kemudian dating di tembok ala ‘makcik bawang’… akhirnya jiran sebelah rumah jadi isteri – “Tak terfikir, mimpi pun tak pernah”

85
0

SIAPA sangka diri akan bertemu jodoh dengan jiran sendiri?

Begitulah rezeki satu pasangan pengantin yang berkahwin dengan jiran di sebelah rumah.

Tanpa perlu menaiki kereta, rombongan keluarga pengantin lelaki hanya berjalan beberapa langkah untuk ke rumah pengantin perempuan pada majlis persandingan.

Berkongsi pengalaman, pengantin lelaki, Muhammad Zaim Abd Rahman berkata, dia dan pasangannya bernikah pada 7 Januari 2022 dan majlis persandingan berlangsung pada keesokan hari.

jodoh sebelah rumah 2

Pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia dan isteri, Natasha Azira Masarudin, 24, belajar di sekolah menengah sama tetapi hanya mengenali antara satu sama lain ketika sekelas di tingkatan lima.

“Saya sekeluarga tinggal di Batang Kali (Hulu Selangor, Selangor). Kami kemudian berpindah ke kawasan perumahan berdekatan pada akhir 2014, dan seminggu kemudian saya masuk belajar di tingkatan lima pada awal 2015.

“Di kelas pun kami tidak bertegur, masing-masing dengan geng kawan sendiri. Tapi bila nampak dia lalu depan rumah, terdetik hati macam pernah nampak budak ni kat sekolah, rupa-rupanya dia adalah rakan sekelas dan juga jiran sebelah rumah,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Majlis pernikahan Zaim dan Natasha.

Walau bagaimanapun, Zaim berkata, kedua-dua mereka hanya mula berkawan rapat selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bermula dari perbualan di aplikasi WeChat, perkenalan mereka diteruskan dengan bersemuka ‘sebagai jiran’ di luar rumah masing-masing.

“Mula-mula kami dating di antara tembok pagar rumah kami je, gaya macam makcik-makcik berjiran yang selalu ‘membawang’ tu. Tapi kami berborak pasal hal kami.

“Dua bulan kemudian baru kami berani dating di luar dan kakak temankan. Risau juga kalau kedua-dua keluarga tak restu kami berkawan,” ujarnya yang berasal dari Batang Kali.

jodoh sebelah rumah 3

Keluarga pengantin lelaki.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, hatinya terpaut pada jiran sebelah kerana berpewatakan gadis itu lemah-lembut, pemalu dan penampilannya berhijab.

“Saya pun dapat tahu isteri saya ni crush kat saya masa sekolah dulu tapi malu-malu. Selepas beberapa tahun barulah hubungan kami semakin serius.

“Jujurnya, saya tak pernah terfikir bertemu jodoh dengan jiran sebelah rumah, mimpi pun tak pernah. Tapi syukur Alhamdulillah dipertemukan jodoh yang baik buat saya,” tambahnya.

jodoh sebelah rumah 4

Keluarga pengantin perempuan.

Mengimbas majlis persandingan di rumah keluarga isterinya, Zaim yang merupakan operator kilang berkata, dia tidak muncul di depan rumah seperti kebiasaan dilakukan pengantin lelaki.

“Saya dan pengapit keluar ikut pintu belakang rumah saya, dan berjalan beberapa langkah masuk pintu belakang rumah isteri sebelum ke pelamin di depan rumah.

Tak pernah terfikir bertemu jodoh dengan jiran sebelah rumah, mimpi pun tak pernah. Tapi syukur Alhamdulillah dipertemukan jodoh yang baik buat saya

MUHAMMAD ZAIM ABD RAHMAN

“Saja buat begitu sebab di luar rumah kami ada khemah dengan ramai tetamu. Jalan ikut pintu belakang ni rasanya jalan lebih jauh sedikit,” ujarnya secara berselor0h.

Tindakan tersebut ternyata menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan tetamu mengenai kehadiran pengantin lelaki sebaik paluan kompang berkumandang menerusi pembesar suara.

jodoh sebelah rumah 5

Bermula rakan sekelas dan jiran sebelah rumah, kini suami isteri.

“Tiba-tiba pengantin lelaki muncul dari dalam rumah pengantin perempuan. Ada yang tanya pengantin lelaki mana? Pengantin lelaki asal mana?

“Rupa-rupanya pengantin lelaki tinggal sebelah rumah je. Alhamdulillah, rezeki saya dapat jodoh sebelah rumah,” ujarnya yang mengimpikan percutian bulan madu di Bali, Indonesia.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Hati Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak” Mahadi Mula Buka Cerita Kisah Dgn Ibu Bapa Heliza
Next articleKer4cunan Makanan Berpanjangan, Ruhainies Dikej4rkan Ke Hospital – “Kena Kerja Ketika S4kit Tu Seks4”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here