Home Petua Tips Sekolah ‘banj1r’ air m4ta hanya kerana seorang guru lelaki, dah balik rumah...

Sekolah ‘banj1r’ air m4ta hanya kerana seorang guru lelaki, dah balik rumah isteri pula sambung men4ngis – “Ada yang sampai pelvk kaki”

91
0

SETIAP pertemuan, pasti ada perpisahan.

Enam tahun mencurahkan bakti sebagai tenaga pengajar, kini tiba masanya untuk Ahmad Farhan Zainudin mengucapkan selamat tinggal kepada warga SK Bayan Lepas 2, Pulau Pinang.

Menjadi antara guru kegemaran di sekolah rendah berkenaan, berita perpindahannya ke sekolah baharu ditangisi murid-murid dan rakan guru.

Bergambar bersama murid-murid yang bakal dir1ndui selepas ini.

Video ketika hari terakhir guru ini mengucapkan selamat tinggal kepada para pelajarnya begitu mervntun hati apabila hampir setiap kelas yang dikunjunginya penuh dengan drama air m4ta.

Berkongsi cerita dengan mStar, Ahmad Farhan berkata dia sendiri tidak menyangka Jumaat lalu menjadi hari yang paling mur4m sepanjang enam tahun berkhidmat di sekolah berkenaan.

“Itu adalah sekolah pertama yang saya ditugaskan mengajar. Sudah tentu banyak kenangan manis dicipta selama mengajar di sana sejak Januari 2016.

“Sememangnya pada hari terakhir saya di sekolah, saya plan nak ambil video sebagai kenang-kenangan. Apabila saya masuk setiap kelas yang saya ajar untuk ucapkan selamat tinggal, mereka dah seb4k.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dalam video tu, murid kelas darjah 3 yang men4ngis tervk. Ada yang sampai pelvk kaki tak nak saya keluar kelas. Kalau ikutkan, ketika itu giliran pelajar Kumpulan A hadir ke sekolah sebab sekarang ikut sistem penggiliran.

“Tapi selepas habis waktu persekolahan, ada di antara murid daripada Kumpulan B yang datang juga nak ucap selamat tinggal. Yang tak dapat datang, mereka hantar ucapan di WhatsApp. Mereka semua tahu Jumaat lalu adalah hari terakhir saya di sekolah sebab saya ada letak di status WhatsApp,” ujarnya yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni.

Rakan guru tidak dapat menahan sebak ketika majlis perpisahan sempena hari terakhir Ahmad Farhan di sekolah tersebut.

Menurut guru berusia 29 tahun ini, dia berpindah ke sekolah baharu di Kedah selepas permohonan pertukarannya diluluskan.

“Benda paling berat adalah nak berpisah dengan rakan-rakan guru dan pelajar. Namun saya terp4ksa kerana tanggungjawab kepada keluarga.

“Selain hubungan jarak jauh (PJJ) dengan isteri yang tinggal di Baling, keadaan kesihatan bapa saya yang menetap di Sungai Petani juga tidak mengizinkan. Ayah saya s4kit jadi saya nak dekat dengannya,” kata bapa kepada seorang cahaya mata ini.

cikgu paan 1

Ahmad Farhan menerima cenderamata sebagai kenang-kenangan daripada pelajarnya.

Ditanya apakah ‘resipi’ r4hsia sehingga dia menjadi guru kegemaran pelajar, Ahmad Farhan berkata dia lebih gemar menggunakan pendekatan ‘abang dan adik’ dengan murid-murid.

“Saya anggap diri saya macam abang. Selama enam tahun menyewa seorang, saya selalu habiskan masa dengan pelajar, belanja makan, belanja berbuka puasa. Kalau dapat result bagus pun saya belanja.

Jujurnya, saya men4ngis sambil edit. Isteri saya pun men4ngis bila tengok video tu. Itulah hari paling sed1h dan sur4m buat saya selama di sana.

AHMAD FARHAN ZAINUDIN

“Mungkin disebabkan itu, mereka selesa sehingga ada ceritakan mas4lah famili. Bekas pelajar yang dah bersekolah di tempat lain pun selalu WhatsApp luahkan mas4lahnya kepada saya. Jadi saya nasihat sebagai seorang abang.

“Tak sangka masa hari terakhir tu, mereka siap bagi macam-macam hadiah seperti makanan, cenderamata, baju, kad ucapan dan sebagainya. Saya tak expect langsung macam tu sekali respons mereka,” ujarnya lagi.

cikgu paan 5

Hari terakhir Ahmad Farhan di SK Bayan Lepas 2.

Tidak menyangka perkongsiannya di aplikasi TikTok meraih sehingga lebih 726,000 jumlah tontonan, Ahmad Farhan berkata dia begitu terharu dengan komen-komen yang dilontarkan netizen.

“Saya saja muat naik sebagai kenangan, tak ada terfikir ia jadi viral. Bila saya dah post, ramai respons yang mereka pun terasa sed1h dan ada yang pernah lalui situasi sama.

cikgu paan 2

Ahmad Farhan begitu akrab dengan pelajarnya.

“Jujurnya, saya men4ngis sambil edit. Isteri saya pun men4ngis bila tengok video tu. Itulah hari paling sed1h dan sur4m buat saya selama di sana.

“Saya cuma doakan anak-anak murid saya berjaya kelak. InsyaAllah, bila-bila mungkin boleh ke Pulau Pinang lagi, tapi sebagai pelancong pula,” katanya lagi.

Komen netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleWanita Terk3jut Pegawai Bank Datang Rumah Beritahu Ada RM180 Ribu Dalam Akaun, Kad Pun Dah Hil4ng
Next article[VIDEO]“Kalau betul, saya sanggup bayar untuk anak saya hidup sampai sekarang…” – Luahan Ibu arwh Zulfarhan undang seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here