Home Petua Tips Selalu layan tempahan gubahan, kini giliran bakal pengantin tunjuk skill di majlis...

Selalu layan tempahan gubahan, kini giliran bakal pengantin tunjuk skill di majlis sendiri… maaf terpaksa tolak order Disember sebab ‘clash’

100
0

KALAU tangan sememangnya berseni, buat apa pun menjadi!

Melihat dulang-dulang hantaran yang digubah oleh gadis ini, terdetik perasaan kagum dengan keindahan dan keunikan hasil tangannya.

Lebih beruntung, dia tidak perlu bersusah-payah mengupah tukang gubah ketika majlis pertunangan dan perkahwinannya kerana semuanya boleh dilakukan sendiri dan apa yang penting, pastinya ia meninggalkan momen indah dalam kamus hidupnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Fatin Hanani Harun berkata dia menyiapkan gubahan lapan dulang hantaran termasuk untuk pihak lelaki ketika majlis pertunangannya yang berlangsung pada 9 Oktober lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Bakal melangsungkan pernikahan pada pertengahan Disember, wanita ini bakal membuat gubahan istimewa untuk 16 dulang hantaran bagi kedua-dua belah pihak.

“Daripada saya sekolah lagi memang minat benda berseni, gubahan, kraftangan dan lain-lain. Kebanyakannya saya buat ‘handmade’ seperti beg dan kotak pensel.

“Kalau nak ikutkan, saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang arkitek namun tak dapat… rezeki saya sambung dalam bidang pengurusan perhotelan.

gubah 2

‘Wedding board’ hasil sentuhan Fatin.

“Masa di universiti saya buat gubahan secara part time sebab komitmen sebagai seorang pelajar. Lepas habis tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada Februari baru-baru ini, saya teruskan bisnes ini secara full time,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Senang disapa sebagai Fatin, bakal pengantin yang kini menetap di Alor Setar, Kedah berkata buat masa ini dia menjalankan bisnes gubahan dan sewaan, Handnani secara berseorangan.

“Hampir 10 bulan buat bisnes full-time, saya bersyukur dengan sambutan setakat ini. Tapi kalau kerja sendiri, usaha lebih pasti kita dapat lebih.

gubah 5

Gubahan untuk dulang wang hantaran.

“Tak dinafikan, ada juga jatuh bangunnya lebih-lebih lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang tak tempah gubahan untuk majlis. Pernah juga terdektik, ‘boleh ke aku teruskan?’

“Tapi kalau kita konsisten, pasti akan membuahkan hasil. Alhamdulillah saya memang enjoy dengan bisnes ini. Boleh dikatakan setiap hari saya bekerja.

“Hinggakan saya terpaksa menolak beberapa tempahan pelanggan pada bulan Disember kerana bertembung dengan majlis sendiri,” katanya sambil menambah, dia mewarisi bakat seni daripada bapanya.

Lepas habis tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda pada Februari baru-baru ini, saya teruskan bisnes ini secara full time.

FATIN HANANI HARUN

Bukan setakat membuat gubahan hantaran, Fatin juga menyediakan perkhidmatan gubahan bunga tangan, gubahan untuk majlis-majlis lain, sewaan dulang dan menghias ‘wedding board’ yang menjadi trend pada ketika ini.

“Kadang-kadang ia bermula apabila customer request… jadi saya terfikir, mengapa tidak saya mencuba? Daripada situlah ia berkembang, bukan setakat buat gubahan dulang hantaran sahaja,” katanya.

gubah 4

Tulisan tangan dan lakaran hasil tangan Fatin.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga hampir 70,000 jumlah tontonan, Fatin berkata segala-galanya disusuli dengan usaha keras tanpa putus asa.

“TikTok ni banyak membantu saya perkenalkan lagi Handnani. Memang la kadang-kadang kita rasa ‘kenapa views tak tinggi’ dan sebagainya. Tapi konsisten muat naik setiap hari. Lama-lama orang akan ‘notice’.

gubah 3

Antara tempahan gubahan mengikut tema warna pilihan pelanggannya.

“Saya sendiri tak sangka sampai ke tahap ni. Mungkin tak ada rezeki nak sambung bidang arkitek tapi ada hikmahnya. Sekarang ini saya masih beroperasi di ‘home studio’ sahaja. Kalau ada rezeki, pasti saya ada impian nak buka studio sendiri.

“Apa yang paling penting, buatlah apa yang minat… so kita akan enjoy, tak boring dan tak stress.

“Apa yang menaikkan semangat saya adalah diri sendiri dan feedback pelanggan yang puas hati. Itu motivasi saya selain sokongan keluarga,” katanya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article[VIDEO] Gelagat ‘comel’ isteri dan anak Fizo Omar curi tumpuan ramai, “Muka pun dah nak seiras…”
Next articleAnak Gmie Pelik Vida Buka Cerita Arwh Bapa Minta Bntuan, Syak Wujud Slah Faham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here