PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali sebagai Erra Fazira diijabkabulkan hari ini.
Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan bukanlah figura ternama tanah air.
“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” tulisnya.
Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.
“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.
“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.
Sumber : Sinar