Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Amir yang selamat menimang bayi perempuan yang merupakan cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Saharul menerusi Instagram sebentar tadi.
Menurut Saharul, anak perempuannya itu seberat 3.305 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan C kecemasan (emergency C Section).
Ujarnya, isteri dan anaknya berada dalam keadaan yang baik dan sihat-sihat sahaja.
Ali dapat adik perempuan
Saharul turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan buat isteri dan anaknya.
Bagaimanapun, Saharul belum mendedahkan lagi nama puterinya itu.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu selain mendoakan yang terbaik buat keluarga berkenaan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Sumber : rotikaya