Home Petua Tips Selongkar stor jumpa duit dalam plastik sampah! Suami isteri hobi kumpul syiling...

Selongkar stor jumpa duit dalam plastik sampah! Suami isteri hobi kumpul syiling lupa pernah menabung 6 tahun lalu… dah mula sedekah tapi ada lagi – Viral | mStar

100
0

SUDAH menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang suka menyimpan duit bernilai kecil di tempat tertentu atau paling mudah dalam tabung.

Adakalanya kita terlupa wang kertas seringgit dan syiling yang ditemui di merata-rata telah di simpan di tempat tertentu.

Benarlah kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Begitulah kisah Norhanim Fuzi, yang menjumpai bekas berisi duit yang pernah disimpannya bersama suami, Hasif Abu Hassan, 32.

Menurut wanita mesra disapa Hanim ini, dia dan suami sudah lupa mengenai duit-duit syiling dan kertas yang sudah lama di simpan sejak berkahwin enam tahun lalu.

Ujar Hanim, dia tidak terlepas menggunakan waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), memberi galakkan kepada anaknya, Muhammad Hadif Harith Muhammad Hasif, berusia enam tahun ini membaca dan menyimpan wang.

“Suami saya memang dari sebelum kahwin dia memang suka simpan duit seringgit dan syiling setiap kali pecahkan RM50 lepas berbelanja. Lepas kahwin ni kami teruskan sampai jadi hobi.

“Anak saya masa PKP dulu terpaksa belajar di rumah. Setiap satu muka surat dia baca, saya bagi seringgit. Selain mengajar anak sulung menyimpan, cara ni boleh didik dia memberi pada yang memerlukan.

“Saya jumpa kotak dan beg duit ni masa kemas bilik stor dalam rumah. Saya kesian pula tengok duit tu dalam plastik sampah jadi saya pindahkan ke dalam kotak,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Hanim telah mendirikan rumah tangga lebih enam tahun dan memperoleh 2 orang anak.

Jelas wanita berusia 32 tahun ini, kira-kira RM600 ditemui semasa menyelongkar bilik simpanan barang di kediamannya itu

“Terdetik nak buat sesuatu dengan duit ni. Lagipun buat apa simpan lama-lama. Nanti kalau dah meninggal, semuanya akan disoal kan,” tambah Hanim.

Menurut Hanim yang berasal dari Setiawan, Perak ini, dia berkongsi video mengenai duit itu di akaun TikToknya kerana mahu melakukan sesuatu yang baik menggunakan wang berkenaan.

Ibu dua cahaya mata ini berkata niat asalnya berkongsi video terbabit ke laman TikToknya adalah bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai apa yang boleh dilakukan dengan wang tersebut.

“Sebabkan saya tak tahu nak buat apa dengan duit yang saya dah lupa kewujudannya ni, saya tanya di TikTok. Ramai pula respon suruh saya derma dan bantu orang susah. Jadi saya pun ikutkan saja lagipun buat benda ke arah kebaikan tak rugi pun.

“Jadi saya start guna duit tu sikit-sikit. Waktu petang kalau keluar pergi jalan dengan suami dan anak-anak, saya nampak peniaga tepi jalan saya akan beli makanan mereka. Kalau suami saya nampak budak-budak main tepi jalan pun dia panggil dan bagi je seringgit dua.

Hanim dikatakan bekerja sendiri menguruskan perniagaan menjual tudung.

“Suami pun ada cadangkan derma ke masjid. Jadi setiap kali nak pergi kerja pun, saya akan singgah masjid mana-mana yang terdekat. Saya akan masukkan duit tu dalam tabung dengan niat sedekah. Banyak juga saya dah guna duit tu tapi masih banyak lagi berbaki,” katanya.

Namun dalam pada perkongsian baik wanita yang bekerja menjahit tudung di sebuah kilang Koleksi Hannah Sdn. Bhd, dia bagaimanapun tidak terlepas daripada kec4man.

“Ada yang komen cakap tak perlu post pun pergi derma tu. Ada yang cakap tak perlu sedekah dekat masjid pun sebab ramai lagi orang susah.

“Tapi saya abaikan saja sebab niat saya berkongsi ni lebih kepada nak spread awareness. Nak galakkan orang lain buat perkara yang sama juga.

Pasangan ini menjadikan mengumpul duit sebagai hobi yang kemudiannya memberi faedah kepada orang lain.

Jelas Hanim lagi, dia sendiri menggalakkan orang ramai untuk menyimpan walaupun bermula dengan sedikit sebagai kegunaan waktu kecemasan.

Tambah pula musim c0vid-19 ini memberi impak negatif kerana masih ramai orang yang terkesan dengan pandemik telah berlaku sejak dua tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleIsi Masa Bercuti Di Pulau Redang, Tok Ti Kongsi Momen Afwa Naik Kapal Terbang – “Sepanjang Flight, Afwa Sleep & Mudahkan Ibu…”
Next articleIsteri Tak Bertudung, Yonnyboii Okay Ja – ‘Saya Dan Dia Masih Muda Lagi’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here