Home Petua Tips Pemandu MyVi ‘Semalam’ sebabkan kem4langan m4ut p0sitif d4dah

Pemandu MyVi ‘Semalam’ sebabkan kem4langan m4ut p0sitif d4dah

286
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan pemandu Perodua Myvi yang terbabit kemlangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam, hingga menyebabkan seorang lelaki meniggal dunia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadh.

Mohd Padzli berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, membabitkan kenderaan pemandu berkenaan dengan kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara.

“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saringan awal air kencing mendapati positif ddah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Ddah Berbhaya 1952,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video menerusi rakaman kamera perakam video berdurasi 37 saat memaparkan berlaku insiden kereta berwarna putih terbalik selepas dilanggar kenderaan lain dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.

Mohd Padzli berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca pemandu kereta Myvi dipercayai hilang kawalan.

Katanya, pemandu itu kemudiannya terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan seterusnya melanggar dua kenderaan lain yang berada di persimpangan lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi Johor Bahru.

“Akibat kemalangan terbabit, pemandu kenderaan jenis Honda Accord mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan mennggal dunia di lokasi kemlangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kmatian kerana memandu dengan melulu atau membhayakan,” katanya.

Semalam, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Rizal Buseri, 31, m4ut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd Rahman, berkata pihaknya menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu seorang mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.

“Mangsa tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis, manakala mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : BH

 

 

Previous articleHanya Buat Video ‘Termenung’ Di TikTok, Tak Sangka Mampu Raih 25 Juta Penonton
Next articleTiga banduan Sah Positif Covid-19 Bila Ditempatkan Dalam Sel Yg Sama Individu Yg Sudah Dijangkiti Dan Meningg4l

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here