Home Petua Tips “Semua dalam cart dia beli” – Anak 2 Tahun Terbeli Perabot Lebih...

“Semua dalam cart dia beli” – Anak 2 Tahun Terbeli Perabot Lebih RM8,000 Masa Main Phone Ibu

95
0

Zaman sekarang ni semua benda dah senang. Nak window shopping pun kita buat melalui handphone je kan. Kita tengok-tengok barang lepastu mana yang berkenan kita letak dalam cart. Beli ke tak, tu belakang cerita.

Samalah macam seorang wanita dari New Jersey Amerika Syarikat ini. Dia telah melihat perabot-perabot di laman web Walmart dan letakkan barang-barang yang dia berkenan ke dalam cart tapi tak ada niat lagi nak beli.

Sebab tu, wanita bernama Madhu Kumar ni keliru bila tiba-tiba satu per satu pakej mula sampai depan rumahnya. Terkejut, wanita ini bertanya kepada suami dan dua anaknya yang lebih besar sama ada mereka ada beli atau tidak barang-barang tersebut.

Ayaansh Kumar Shopping Walmart 2 61Ed5D6Ec8E61

Selepas tak ada sorang pun yang cakap dorang beli barang-barang tu, keluarga ini terus suspek yang anak bongsu mereka berusia dua tahun telah membeli semua barang-barang tersebut ketika bermain dengan telefon bimbit ibunya.

220122 Nj Toddler Mn 1140 1Bee18

Macam tak percaya dia buat ni, tapi ini apa yang berlaku.”

Keluarga ini telah menerima beberapa pakej sejak beberapa hari minggu lalu termasuk kerusi, tempat letak bunga dan barang-barang lain yang berjumlah lebih RM8,000.

Disebabkan dia kecil, kami rasa dia comel dan kami hanya ketawa bila dapat tahu dia pesan semua benda ni.”

Menurut keluarga ini, mereka akan simpan beberapa pakej dan pulangkan yang lain supaya boleh dapat balik wang yang telah dibelanjakan.

Suami Madhu, Pramod Kumar mengatakan selepas ini dorang akan pastikan telefon dorang dikunci dan akan letakkan passcode yang susah supaya benda macam ni tak berlaku lagi.

Ha, ni bukan first time benda-benda macam ni jadi. Memang kena alert selalu kalau anak-anak main phone ni. Tak pasal-pasal kayap…

Sumber: NBC News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleWalaupun Kemenangan Menjadi Pertikaian, Kapsyen Jasmin Hamid Buat Bella Astillah Dapat Sokongan Ramai
Next article“Baba Men1nggal Dunia Ketika Saya Berusia Lima Tahun Di New Zealand,” – Hingga Akhir Waktu… Kisah Hidup Ibu Bapa Uyaina Arshad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here