TIADA siapa mendvga, tiada siapa meminta bencana banjir yang menyebabkan kemusnahan harta benda hingga mengorbankan nyawa.
Namun siapa sangka tempat perkhemahan dan glamping yang baru diuruskan sepasang suami isteri sejak tiga bulan lalu habis ‘disapu’ arus deras.
Ibarat ‘padang jarak, padang terkukur’, lokasi tumpuan yang pernah dimeriahkan seisi keluarga dan rakan-rakan itu kini sepi tanpa pengunjung.
View this post on Instagram
Berkongsi kisah sedih, Muhamad Rahaimi Ayob mengakui berasa tidak sedap hati apabila hujan berterusan sejak Khamis minggu lalu melanda lokasi perkhemahan yang diusahakannya berdekatan air terjun Sungai Gabai di Hulu Langat, Selangor, sejak September lalu itu.
Pengusaha berusia 31 tahun itu memberitahu, keadaan bertambah serius apabila air mula naik hingga paras buku lali pada pukul 4 petang Sabtu.
“Hujan selebat-lebatnya. Ketika itu saya terperangkap dalam perjalanan berdekatan Semenyih berikutan kejadian tanah runtuh.
“Saya sempat call pekerja dan berpesan kalau ada kemungkinan banjir berlaku, cepat-cepat minta guest (tetamu) untuk meninggalkan kawasan tu dengan segera,” katanya kepada mStar.
Tapak perkhemahan berdekatan Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat menjadi tarikan orang ramai.
Muhammad Rahaimi atau lebih dikenali sebagai Remy berkata, dalam waktu begitu singkat, tapak berkeluasan satu ekar itu habis ditenggelami air.
“Ada guest yang sempat kemas barang dan keluar dari situ. Tapi ada juga yang tak sempat kemas dan tinggalkan barang-barang dapur mereka.
“Pukul 7 petang semua dah tenggelam. Air sungai berdekatan air terjun Sungai Gabai turut melimpah,” ujarnya yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.
Menjadi lokasi tumpuan seisi keluarga dan rakan-rakan.
Menurut bapa kepada seorang anak itu, kesemua khemah dan kemudahan yang didirikan untuk kegunaan dan penginapan pengunjung dihanyutkan arus deras.
“Masa saya sampai pagi Ahad, air dah surut tapi tanah lapang hanya tinggal lumpur dan kayu-kayu balak. Memang dah ranap semuanya, dan kerugian dianggarkan RM15,000.
“Saya buka tempat ni dengan modal hampir RM30,000 tak sempat balik modal, tiba-tiba berlaku kejadian tak disangka-sangka ini,” katanya sambil menambah tapak perkhemahan dan glamping miliknya dapat menampung sehingga 30 keluarga pada satu-satu masa.
Keadaan sebelum (atas) dan selepas kejadian banjir.
Bagaimanapun, Remy amat bersyukur kerana tiada kemal4ngan jiwa yang berlaku membabitkan pekerja mahupun pengunjung tapak perkhemahan itu.
“Syukur juga saya sekeluarga selamat. Ibu saya yang berasal dari sini beritahu banjir besar pernah berlaku pada 1973 dan 1993, tapi tidak seteruk kejadian yang berlaku minggu lalu.
Saya anggap ini adalah ujian, Allah nak menguji kesabaran kita. Tapi saya akan tetap teruskan bisnes ni kerana prinsip saya, selagi diuji selagi itu saya akan buat
MUHAMAD RAHAIMI AYOB
“Tapi saya betul-betul sedih mengenangkan nasib kebanyakan penduduk Hulu Langat hilang tempat berteduh sampai ada rumah hanya tinggal tangga, itu belum lagi mereka yang terperangkap di dalam rumah dan berlindung atas bumbung.
“Paling tak sangka ada satu khemah milik seorang guest masih ada tak sempat dibawa balik dan katanya biarlah ia digunakan untuk mangsa banjir yang tak ada tempat tinggal,” katanya.
Remy reda dengan kejadian yang berlaku.
Sukar untuk menggambarkan kemusnahan yang berlaku di depan mata, Remy berkata, dia terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu.
“Bencana alam tiada siapa minta, orang kampung pun tak jangka ia berlaku. Apa yang kita hadap kena terima, itulah cabaran hidup.
“Saya anggap ini adalah ujian, Allah nak menguji kesabaran kita. Tapi saya akan tetap teruskan bisnes ni kerana prinsip saya, selagi diuji selagi itu saya akan buat,” katanya.
komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar