Siapa sangka umur baru menjangkau 21 tahun tapi sudah bergelar jutawan. Apa yang menarik nya lelaki ni sudah menjadi macam selebriti
dimana ramai yang memberi komen dengan bermacam macam alasan seperti mengaku ahli keluarga maklumla lelaki ni berduit lagipun sekarang
ramai yang susah.
Semacam durian runtuh buat seorang individu ini yang baru sahaja diumumkan Bank Simpanan Nasional sebagai pemenang tempat pertama Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM1 juta.
Kemenangan lelaki yang baru sahaja berusia 21 tahun ini berjaya meletakkan beliau sebagai pemenang termuda dalam sejarah peraduan SSP sekaligus menjadi buah mulut di media sosial.
Tahniah kami ucapkan buat pemenang merangkap jutawan muda ini. Diharap kemenangan yang diperoleh menjadi motivasi buat lelaki ini untuk
menggadakan wang yang diperoleh serta menjadi bekalan untuk kegunaan hari tua.
Susulan kejayaan yang diperoleh, lelaki di mana nama beliau telah dirahsiakan bagi tujuan keselamatan telah menerima pelbagai
komen daripada para netizen yang ‘mengakui’ mereka adalah sebahagian daripada ahli keluarga lelaki berkenaan.
Tidak kurang juga wanita yang mendakwa beliau sebagai bekas kekasih pemenang.
Di sebalik gurauan yang dikongsikan netizen, terdapat seorang individu yang turut menasihati jutawan muda ini untuk menggunakan wang tersebut sebaik mungkin
serta mengutamakan keluarga berbanding masyarakat sekeliling yang akan mulai mendekati beliau.
Berikut antara komen dan gurauan netizen yang mencuit hati daripada Facebook Harian Metro menerusi perkongsian berita kemenangan cabutan SSP bernilai RM1 juta.
Semoga adik ni dapat menyimpan duit sebanyak ini dan menggunakannya pada jalan yang berfaedah.