Selepas dunia mengiktiraf Datuk Dr Noor Hisham sebagai antara 3 doktor terbaik dunia yang mengendalikan kes C0vid-19, kini seorang lagi anak Malaysia bakal menempah nama sebagai wira dalam menangani pendemik ini.
Terlibat dalam penyelidikan
Dr Amalina Che Bakri yang juga merupakan seorang doktor yang berkhidmat di United Kingdom telah menjadi salah seorang yang terlibat dalam operasi mencari penawar atau vaksin sejajar dengan saranan WHO.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri olehnya di akaun Twitter semalam.
Cari sukarelawan untuk di beri vaksin
Menurut Dr Amalina, percubaan pertama vaksin tersebut sudah dijalankan dan sedang mencari sukarelawan yang sihat tubuh badan untuk diberi vaksin.
Dalam muat naik rasmi Kolej Imperial, kerajaan UK memperuntukkan 121 juta ringgit untuk pembangunan penyelidikan vaksin tersebut.
Dr Amalina menerusi postingnya juga menyeru sesiapa sahaja yang menepati syarat ditetapkan boleh menjadi sukarelawan untuk vaksin tersebut.
kredit ohmymedia
Sumber : Dr Amalina