Sepanjang bulan Ramadan, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kisah kemat1an individu yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia seperti ketika menunaikan solat di dalam masjid sehingga menimbulkan rasa sebak ntizen.
Tidak terkecuali bagi kisah seorang lelaki warga emas ini yang meningg4l dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat dar4h tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.
Kisah menyedihkan itu dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan jnazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.
Difahamkan, arw4h berusia 62 tahun itu sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum ditakdirkan menghembuskan naf4s terakhir di bulan mulia ini.
“Ketika waktu nak berbuka puasa, menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah. Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingatkan ayah mereka sedang tidur.
“Bila cuba dikejutkan rupanya si ayah telah meningg4l dunia di samping nenek,” tulis kapsyen pada posting tersebut.
Perkongsian itu juga memaklumkan bahawa jnazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20, Putrajaya sebelum dikebum1kan di sebuah tanah perkubvran yang berhampiran pagi ini.
Dari masjid Tunku Mizan Zainal Abidin ke surau
Posting berkenaan dihujani kiriman al-Fatihah selain mendoakan agar arw4h ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sumber: Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/