Home Petua Tips Sewa Kuda Funfair Dalam Rumah, Birthday Alisa Aisyah Disambut Meriah Dengan Kasih...

Sewa Kuda Funfair Dalam Rumah, Birthday Alisa Aisyah Disambut Meriah Dengan Kasih Sayang

108
0

“This is how parents appreciate kewujudan anak-anak dalam kehidupan. Bersyukur tak terhingga, akan cuba buat yang terbaik…”

Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi dan ukhrawi.

Pastinya kedua-dua ibu bapa mahu menjadi penganjur terhebat yang turut bekerjasama bagi merealisasikan sebuah majlis yang meraikan insan yang cukup istimewa bagi mereka.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya membesar dengan bijak malah menjadi anak yang membanggakan apabila mereka sudah besar kelak.

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai.

Ramai yang geram melihat telatah anak kedua pasangan itu yang sememangnya comel dan bijak.

Memuat naik gambar dan video di laman Instagram, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berkongsikan kemeriahan menyambut Hari Lahir puteri kecil mereka, Alisa Aisyah yang kini berusia 2 tahun.


Suasana majlis yang dikongsi terlihat seperti sambutan kecil-kecilan dengan keberadaan mereka sekeluarga sahaja namun senyuman manis yang terukir si anak itu mempamerkan nilai kebahagian yang tidak terhingga oleh Alisa dalam keluarga ini.

Alisa yang terlihat sedikit malu pada awalnya namun teruja apabila melihat kuda berputar serta beberapa mainan yang lain membuahkan lagi rasa girang dihati.

“Untuk anak dara kami yang tak pernah dibuatkan majlis😢 #selfdowncelebration”

Sebelum ini, setiap kali tiba sambutan hari lahir anak-anak pastinya menyeronokkan, tetapi berbeza keadaannya dalam beberapa tahun ini.

Meskipun sukar untuk menjayakan sesebuah sambutan hari jadi agar kelihatan meriah, hal ini kerana kebiasanya sambutan akan diraikan dengan menjemput ahli keluarga serta rakan-rakan rapat si kecil.

Namun situasinya berbeza pada waktu penularan COV1D-19 ini, biarlah sekadar ala-kadar, apa yang penting adalah doa sebagai kasih tiada galang ganti.

Mengetahui bahawa ibu Alisa, Hanis Zalikha sememangnya gemar untuk membuat kejutan dan meraikan sebarang sambutan majlis hari lahir, pastinya dia seorang yang kreatif dan suka menghias rumah apatah lagi dalam merealisasikan misi kejutan buat anak kesayangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan Alisa ini turut menitipkan doa buat anak pasangan selebriti itu yang tumbuh pintar sebagai kanak-kanak pintar dan riang.

Comel tau anak-anak Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ni! Selamat Hari Lahir Alisa, semoga menjadi anak yang baik dan solehah.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Alisa Aisyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleC1um4n ter4khir abi dan umi buat anak syurga, tenanglah di sana Khaleel Islam
Next article[VIDEO] Perk0ngsian ‘Kebvrvkan’ Vksin Oleh Doktor Ini, Saran TuI4rkannya Di Media Sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here