SELEPAS dua hari dilahirkan, pelakon Shaheizy Sam berkongsi wajah dan nama anak ketiganya menerusi satu hantaran di media sosial miliknya pada Rabu.
Bayi perempuan seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan isterinya Syatilla Melvin secara pembed4han itu diberi nama Salama Samheizy.
“Assalamualaikum… Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam di sini.
“Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu,” tulis Sam.
View this post on Instagram
Jadilah yang terbaik wahai duniaku, aku akan menjadi sahabat terbaikmu
SHAHIEZY SAM
PELAKON
Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan tersebut kira-kira pukul 11 pagi Isnin di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Sam turut memberitahu Syatilla akan menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah yang kini menetap di sana.
Sam dan Syatilla bersama dua anak mereka.
Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :http://www.sinarviral.com/