Home Petua Tips “Sampai Terbaring Kaki Lima Untuk Kutip Derma Tapi Dia Anggap Kami Musvh”...

“Sampai Terbaring Kaki Lima Untuk Kutip Derma Tapi Dia Anggap Kami Musvh” Luahan Sakinah Untuk Puteri Balqis

298
0

Melihat keperitan hidup yang ditanggung oleh Puteri Balqis sehingga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan, rata-rata netizen mempersoalkan di manakah rakan-rakan artis yang berlakon denganya selama ini?

Mengapa mereka tidak tampil menghulurkan bantuan untuk sama-sama meringankan beban pelakon cilik itu. Namun, hakikatnya ada artis yang pernah membantu Puteri Balqis sebelum ini.

Teman seperjuangan dalam seni tidak melupakan kesmpitan hidup pelakon itu, biarpun usaha murni mereka tidak dipertontonkan kepada umum.

Baru-baru ini, pelakon, Sharifah Sakinah, menerusi Instagramnya membuat perkongsian mengenai usaha pernah dilakukan mereka bagi membantu pelakon itu.

Menurut Sakinah, dia pula berkongsi kenangan bersama teman artis lain menjual barang terpakai milik pengarah, Michael Ang, kira-kira dua tahun lalu, bukan bermaksud mahu menunjuk baik atau membuktikan sesuatu.

Ia cuma perkongsian kenangan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal, menjual barangan terpakai untuk membantu mengutip derma buat Puteri Balqis.

“Memang seronok menjual barang milik Michael Ang, ketika itu, untuk kutipan derma untuk Adik Balqis.

Sampai terbaring di kaki lima. Kegembiraan ada kalanya menuntut perg4lutan. Semua orang mempunyai masalah dan ujian datang dengan pelbagai cara.

“Menjadi perkara biasa, kalau kawan atau mereka yang kita saya sayang berdepan m4salah, kita pasti akan membantu mengurangkan bebannya. Malah, Michael sendiri banyak menghulurkannya tawaran berlakon,” kata Sakinah.

Ia momen yang tidak boleh dilupakan oleh Sakinah, ketika itu dia seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbaring di kaki lima.

 

 

 

Dia juga sempat berpesan agar pelakon terbabit tidak ‘membu4ng’ jauh orang yang dikenali ketika ditimpa m4salah, sebaliknya perlu sentiasa berbuat baik dan berusaha.

Sakinah agak ralat apabila pelakon cilik itu didakwa memandang orang seni, termasuk mereka yang pernah rapat dengannya sebelum ini, seperti ‘mvsuh’.

“Kami tak mahu memb4nci dia, tetapi habis semua orang dia jadikan mvsuh. Saya tak faham. Ikutkan, banyak kutipan derma dan sumbangan yang diberi teman artis kepada keluarganya.

“Kalau tak percaya, tanyalah teman artis lain yang pernah terbabit dan berbesar hati membantunya. Tetapi, ke mana duit derma dan wang pendapatan yang diperoleh ketika dia aktif berlakon?” katanya.

Sebagai isteri dan ibu, Sakinah juga berharap soal pembelajaran pelakon itu perlu dititikberatkan.

“Dalam hidup ini, tak kira sus4h atau senang, soal pembelajaran perlu diutamakan. Hantarlah dia ke sekolah.

Tak perlu nak belajar di sekolah yang memerlukan yuran mhal, sebaliknya pergi sahaja ke sekolah pendidikan biasa. Ukur baju di badan sendiri.

“Begitu juga hal kesihatan, hantar dan dapatkan rwatan di hospital. Jangan ambil mudah soal ini jika dia benar-benar memerlukan pemerhatian khusus untuk mengubati masalah atau pnyakit yang ada,” katanya.

Bukan Sakinah sahaja yang menyertai acara amal itu, selebriti Jihan Muse, Nabila Huda dan Sherry Al-Hadad turut serta untuk mengutip derma buat Puteri Balqis.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : monyethijau

 

Previous articleWah Semangat Jejaka Ini Dapat Duet Dengan Tok Ti , Tak Tahu Kenapa Ada Yang Tak Suka
Next articleBila Noor Nabila Kata Sharnaaz Tidak Ada Usaha Berdamai, Sharnaaz Jelaskan Dia Diam Ada Sebabnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here