Shima ingin jadi calon Bebas, bela nasib rakyat sekali YB Khairy Jamaluddin bersuara
PETALING JAYA – Penyanyi dangdut, Baby Shima mengumumkan bahawa dirinya bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Baby Shima berkongsi mengenai penglibatannya dalam PRN Ogos ini melalui satu video yang dimuat naik di Instagramnya petang tadi.
“Dengan penuh rasa rendah diri dan mohon jasa baik semua rakyat Malaysia. Shima akan bertanding PRN ini dan berkhidmat untuk semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, Baby Shima tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri mana bakal bertanding.
“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.
“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam video tersebut.
Meninjau komen di hantaran berkenaan, rata-rata dilihat tidak sabar ingin mengetahui DUN serta negeri mana Baby Shima akan bertanding.
Lihat Video
View this post on Instagram
Namun Shima ada meminta pendapat YB Khairy Jamaludin tentang dimana yang sesuai untuk bertanding
Lihat Video
View this post on Instagram
KJ “Suggest” Jadi Calon PRN Di Kelantan, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding
Penyanyi dangdut Baby Shima menerusi perkongsian videonya pada hari ini menyatakan bahawa dia tidak jadi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini, lapor Sinar Harian.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkongsikan video tersebut di laman Instagram miliknya. Video itu merupakan perbualannya bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menerusi perbualan itu, Baby Shima telah bertanyakan kepada Khairy di mana lokasi yang terbaik untuk dia bertanding dalam PRN kali ini.
Khairy kemudiannya telah menjawab soalan tersebut dengan mencadangkan negeri Kelantan sebagai lokasi yang sesuai untuk Baby Shima bertanding.
“Saya rasa Shima sesuai (bertanding) di Kelantan,” jawab Khairy setelah mendengar soalan tersebut.
Video itu kemudiannya berakhir sampai disitu sahaja sambil diiringi suara latar audio bunyi cengkerik.
“Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.
Sumber : sinar harian,kosmo,IG shima
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.