Home Petua Tips Setelah Kena Kuanrantin 14 hari ,Siapa Bakal Pengganti Muhyiddin?

Setelah Kena Kuanrantin 14 hari ,Siapa Bakal Pengganti Muhyiddin?

2215
0

Tidak perlu ada sebarang desakan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melantik pemangku perdana menteri ketika beliau sedang dikuarantin, kata pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi.

“Perlembagaan tidak menyatakan apa-apa mengenai jawatan pemangku perdana menteri atau timbalan perdana menteri dan terserah kepada perdana menteri sendiri sama ada akan melantik jawatan tersebut jika terdapat keperluan.

“Terdapat banyak situasi sama sebelum ini apabila perdana menteri sakit atau berada di luar negara dan tiada pemangku.

Pada era komunikasi siber ini, seorang PM dapat melakukan sebahagian besar perundingan dan keputusannya melalui skrin (digital) dan melalui telefon. (Jadi) apa masalahnya?” soalnya.

Pakar sains politik Wong Chin Huat juga mempersoalkan keperluan untuk melantik pemangku PM pada ketika ini.

“Kuarantin tidak bermaksud beliau hilang kemampuan untuk mentadbir, tidak seperti (Perdana Menteri UK) Boris Johnson (ketika beliau berada di ICU).

“Malahan kes yang disahkan (positif) kemungkinan tidak akan kehilangan kemampuan untuk berfungsi. Jadi, persoalan itu tidak timbul.”

Muhyiddin, ketika melantik Kabinet Perikatan Nasional beliau, mengambil keputusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu menamakan empat Menteri Kanan, tetapi bukan timbalan perdana menteri.

Ketika membuat pengumuman tersebut, beliau mengatakan bahawa kedudukan keempat-empat menteri kanan itu adalah setaraf, meskipun tanpa kehadirannya, mesyuarat kabinet akan dipengerusikan oleh Azmin Ali, yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Muhyiddin telah diuji negatif daripada wabak Covid-19 susulan kehadirannya dalam mesyuarat pasca kabinet di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada Rabu lalu yang dihadiri seorang pegawai yang positif Covid-19.

Pegawai itu sedang dirawat di hospital, sementara Muhyiddin sedang menjalani 14 hari kuarantin.

Free Malaysia Today  melaporkan bahawa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara turut menjalani kuarantin.

Pada masa lalu, pemangku perdana menteri telah dilantik seperti sewaktu Abdul Razak Hussein mengambil alih kerajaan pada tahun 1959 selama tiga bulan ketika Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk memberi tumpuan memperkukuhkan Umno.

Bekas timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman, pemimpin veteran MIC VT Sambanthan, presiden MCA Ling Liong Sik dan bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim adalah antara mereka yang pernah dilantik sebagai pemangku perdana menteri sebelum ini.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.

Sumber : Malaysiakini

Previous articleMenjelang Aidilfitri PKPB Akan Ditamatkn Dan PKP Akn Dilaksanakn Semula. Penasihat Khas PM Dedahkn Ini Sebabnya
Next articleNetizan Kantoikan Kedai Tayar Milik Suspek. Sekali Wanita Komen Minta Jangan B0ikot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here