Home Petua Tips “Sikap Mereka Hanya Mencem4rkan Imej Siti Nurhaliza” Raja Nazrin Ada Kata2 Buat...

“Sikap Mereka Hanya Mencem4rkan Imej Siti Nurhaliza” Raja Nazrin Ada Kata2 Buat Tokti

123
0

Vokalis Sekumpulan Orang G1la (SOG), Raja Nazrin Shah memohon penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza untuk menegur tingkah laku sejumlah peminat tegarnya sekiranya mereka bertindak keterlaluan.

Kata anggota kumpulan yang baru memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 itu, sikap mereka hanya mencemarkan imej penyanyi itu yang menurutnya “seorang yang merendah diri.”

“Kita selalu nampak di Twitter, Siti Zoners secara aktifnya merasa mereka sangat entitled (paling berhak).

“Perkara ini sangat tak sihat kerana Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform media sosial FENIX360 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya lagi, diberikan peluang dia sendiri ingin bertemu dengan Siti Nurhaliza bagi meluahkan hasratnya.

Polemik itu berlaku susulan Raja Nazrin menunjukkan tanda setuju dengan membalas ciapan seorang komposer dan penerbit yang tidak berpuas hati mengenai beberapa penyanyi tanah air yang dipaparkan di papan iklan di Times Square, New York.

JD Wong mempersoalkan dalam barisan penyanyi yang ditampilkan di papan iklan itu, siapa yang pernah membuat persembahan di kota itu.

Raja Nazrin dalam ciapannya pula menyel4r pihak syarikat rakaman tertentu dan sebuah platform digital penstriman muzik yang dikatakan cuma memikirkan soal wang.

Setakat ini, beberapa penyanyi tempatan yang tampil di papan iklan itu ialah Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa, Aina Abdul dan yang terbaru, Siti Nurhaliza.

Menurut penyanyi Pelukan Angkasa itu, ciapan dibuatnya mengundang rasa tidak puas hati ramai peminat kepada penyanyi yang muncul di papan iklan berkenaan, terutama peminat Siti Nurhaliza.

“Yang terasa dalam bab-bab begini ramai Siti Zoners saja. Maksud saya (sebenarnya) antara ketujuh-tujuh penyanyi berkenaan, siapa yang betul-betul pernah mengharumkan nama Malaysia?

“Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Siti Nurhaliza. Tapi yang lain, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?” ujarnya.

Ditanya sama ada dia sendiri bersikap besar kepala memandangkan baru bergelar juara AJL36, pemilik nama penuh Raja Nazrin Shah Raja Azaham menafikannya.

“Orang selalu cakap saya seorang yang suka cakap lepas. Tapi saya selalu bercakap benda yang betul tetapi pahit untuk ditelan.

“Saya takkan tegakkan benda yang salah. Walaupun saya bukan orang yang popular dalam industri, tapi saya tahu selok-beloknya.

“Jika orang lain tak mahu bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi pemetik api,” katanya lagi.

Menguatkan kenyataannya itu, Raja Nazrin berkata dalam ciapan tersebut, dia sebenarnya lebih menyentuh aspek kesedaran dalam menghargai seni muzik.

Bahkan menurutnya, perdebatan di media sosial itu berlaku mungkin akibat segelintir peminat Siti Nurhaliza yang kurang kesedaran dalam menghargai seni muzik.

“Tahap yang sangat rendah. Perkara macam ini sangat kelakar kerana mereka tak faham konteks. Bila kita jelaskan, mereka bitter.

“Orang pandang artis sekadar untuk menghiburkan masyarakat tetapi ada juga yang mahu buat orang berfikir. Tak boleh pukul rata bahawa artis perlu buat orang gembira,” katanya lagi.

Siti Nurhaliza Hiasi Papan Iklan Digital Gergasi Di New York Times Square

Selepas Yuna, Layla Sania, DOLLA, dan Iman Troye, penyanyi terkenal negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menjadi warga Malaysia kelima menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square, Amerika Syarikat.

Siti wakili Malaysia dan Singapura

Siti menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya meluahkan penghargaan selepas wajahnya dipaparkan di papan digital tersohor itu. Jelasnya, penampilannya itu mewakili negara bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Bersyukur saya dapat berita hari ini kerana diberi penghormatan apabila wajah saya dipaparkan di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.

Penampilan saya mewakili negara Malaysia pada papan iklan ini adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.

Tambahnya lagi, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara, dan penyanyi popular itu turut mewakili lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.

Sumber:mkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.dnq.pw

Previous article“Ambil Kad Bank, Pi Lah Enjoy” – Selalu Belanja Isteri, Patutlah Johan Murah Rezeki
Next article“Bila Cakap Ibu Balik Dulu, Dia Terus Nangis. Padahal Dia Tengah Tidur,” – Aina Sufia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here