KERAP membawa watak wanita bertudung, pelakon Siti Khadijah mengakui bimbang jika dilihat seperti mempermainkan agama memandangkan imej sebenarnya tidak berhijab.
Siti Khadijah Halim, 25, berkata biarpun belum bertudung namun dia sentiasa memastikan sentiasa tampil dengan imej sopan ketika berada di luar.
“Sejujurnya memang saya asyik dapat watak yang bertudung. Ada beberapa karya yang akan datang ini pun bertudung juga.
“Saya tak nak dianggap sebagai mempermainkan agama. Tapi sejak dulu sampai sekarang, saya sentiasa kekalkan imej sopan… tak terlalu terbuka.
Siti Khadijah mahu mengekalkan imej sopan.
“Saya kena cerminkan nama saya. Tak wajar untuk saya calarkan nama itu. Mungkin sesetengah orang akan rasa tak bertudung tak sesuai dengan nama itu.
“Tapi saya faham sebab kita dalam zaman moden dan macam mana pun saya akan kekalkan imej ni,” katanya kepada mStar.
Saya tak nak dianggap sebagai mempermainkan agama.
SITI KHADIJAH HALIM
PELAKON
Siti Khadijah bakal membintangi telefilem terbaharu berjudul Rompak yang menjalani penggambaran bermula Februari.
Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini memberitahu dia tetap akan mengekalkan nama penuhnya sebagai nama pentas.
“Saya akan kekalkan nama asal… sebab saya suka, sayang dan cinta nama saya. Sejak dulu pun nama IG, Siti Khadijah Halim.
Siti Khadijah Halim bangga bawa nama bapa ke pentas seni.
“Credit title pun saya akan guna nama penuh. Saya nak bawa nama bapa sampai bila-bila. Apabila dia dah tak ada saya nak banggakan dia dengan bawa nama dia.
“Saya pernah tanya beberapa penerbit dan pengarah, kalau ada nama glamor yang sesuai. Mereka suggest suruh kekalkan nama saya,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : sinar viral