Home Petua Tips Siti Nurhaliza, Datuk K Mohon Maaf

Siti Nurhaliza, Datuk K Mohon Maaf

80
0

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila majlis tahnik anak lelaki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza didakwa tidak mengikuti SOP dan ada aktiviti rentas negeri yang berlaku.

Tampil menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan, menerusi satu kenyataan media Siti memaklumkan aktiviti rentas negeri membabitkan seorang pendakwah bebas adalah tidak benar.

BACA: Siti Nurhaliza Pilih Nama Anak Kedua Muhammad Afwa

Siti memberitahu kebetulan tetamu undangan mereka itu berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis diadakan. Jelasnya lagi, acara juga mematuhi syarat majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial PKPB seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu,” katanya.

Siti berkata pihaknya tidak memandang ringan mengenai hal SOP. Menerusi kenyataan itu, Siti turut menjelaskan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hanya singgah ke majlis itu bagi menyempurnakan bacaan doa.

Dalam pada itu, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memohon maaf di atas kekecohan yang timbul serta sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika disiasat.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleFazura, Fattah Amin Teruja Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Fatima
Next articleAnak Baru 4 Bulan Tapi Hamil Lagi, Netizen Kasihan Anak Tak Dapat Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here