Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing telah dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan apabila mengadakan majlis tahnik pada awal Mei lalu.
Majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa itu berlangsung selepas tujuh hari kelahiran bayi tersebut dan juga dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri.
View this post on Instagram
Menerusi Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed turut memaklumkan Dr Zulkifli dan beberapa orang pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Selain itu, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 dan Abby Abadi serta suami Muhammad Faizal Zakari turut turut perlu membayar jumlah yang sama susulan daripada tindakan mereka berhari raya bersama tanpa sebarang penjarakkan sosial ketika Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) telah dilaksana.
Mereka dipercayai mengadakan kunjungan dan berkumpul ketika hari raya pertama tempoh hari.
Kedua-dua pelanggar SOP yang dilakukan oleh public figure itu telah mendapat kecaman yang hebat oleh netizen di media sosial sehingga tular dan pihak polis telah memanggil kesemua mereka selepas kertas siasatan dibuka apabila ada pihak yang tampil membuat laporan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/