Tampil dengan lagu raya terbaru berjudul Lala Raya, lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kini trending nombor satu di saluran YouTube.
Setakat ini, lagu nyanyian pengasas D’Herbs itu sudah meraih sebanyak 1 juta tontotan. Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Aliff menerusi Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu, Aliff turut meluahkan rasa pelik jika suaranya tidak sedap mengapa lagunya boleh trending.
Dalam pada itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan muzik video lagu tersebut.
Terdahulu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.terengganutv.bbn.my/