“Sudah hujung-hujung.”
Demikian perkongsian selebriti popular, Neelofa,32, mengenai usia kandungannya, sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.
Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu, dia juga kini tsedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu.
“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.
Difahamkan, senaman fisioterapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sak1t belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.
Terdahulu, sejak Julai lalu khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP sedang hamil anak pertama hasil perkahwinan bersama pendakwan terkenal, Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.
Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selepas tersebar beberapa keping foto dia kerap memegang bahagian perut yang semakin membesar.
Namun, sehingga kini pasangan tersebut mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut dan tidak berkongsi lanjut mengenai berita kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber:Kosmo Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.applehijau.com/