Home Petua Tips “Sudah Tentu Saya Sebak Tapi” Prnah g4gal dlm perkahwinan terdahulu, Ini Nasihat...

“Sudah Tentu Saya Sebak Tapi” Prnah g4gal dlm perkahwinan terdahulu, Ini Nasihat Nabila Selepas Neelofa Dah Jadi Isteri Org

239
0

Sebagai kakak yang sudah ada pengalaman berumahtangga apatah lagi mengharungi bermacam macam dugaan sudah tentu perkara itu tidak mahu berulang

pada adiknya bila si adik baru berumahtangga.

Noor Nabila tidak mahu perkara itu menimpa adiknya dan sememangnya hidup berumahtangga ini memang banyak dugaannya.

 

 

BERTAHUN-tahun menjaga dan menjadi rakan serumah, kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui berasa sebak dan terharu saat adiknya itu diijabkabulkan pada pagi, Sabtu.

Menurut Nabila, 37, dia terlalu gembira melihat Neelofa akhirnya menemui kebahagiaan yang dicari selama ini iaitu bergelar isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz.

“Sudah tentu saya berasa sebak dan terharu tapi bila lihat adik saya yang sudah bertahun-tahun saya jaga, jadi housemate… akhirnya dia jumpa kebahagiaan yang dicari selama ini.

Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz yang bertemakan rona putih.

“Perasaan itu timbul sebab akhirnya dia boleh bahagia macam orang lain dan kawan-kawan dia serta adik-beradik yang lain,” kata Nabila kepada mStar selepas selesai majlis akad nikah pasangan tersebut.

Neelofa yang berusia 32 tahun sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.43 pagi, Sabtu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain.

Selebriti yang turut memeriahkan majlis akad nikah pasangan Neelofa dan PU Riz iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Hanna Delisha bersama suami, Izara Aishah, Shalma Aina dan Datuk Rizalman.

Dalam pada itu, Nabila yang juga baharu sahaja bernikah dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu turut memberi pesanan kepada pasangan pengantin tersebut.

Neelofa akhirnya temui kebahagiaan bersama PU Riz.

Nabila berharap Neelofa dan PU Riz akan menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran serta sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kepada pasangan pengantin, banyakkan bersabar… kena tempuhi alam perkahwinan dengan penuh kesabaran. Tapi apa sahaja masalah yang anda berdua akan hadapi, jangan putus asa.

“Paling penting, kena sentiasa ada untuk satu sama lain… susah senang bersama,” ujarnya.

KAKAK kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor selamat bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Noor Nabila, 36, iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka kira-kira pukul 10 pagi di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Pasangan ini bergambar bersama anak-anak mereka Engku Aleesya dan Jebat.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber trendingsangat

Previous articleRvpanya Cikgu Yg Rkam Vdeo Tu Sbnarnya Kena Bvang, Bkan Cikgu Yg Cmpak Murid Itu. Dia Dedahkn Smua
Next article“MasyaAllah Susahnya” Ibu Tunggal Nak Byr Duit Urusan Jenazh Ayhnya Secara Ansuran.Sekali Dtg Pert0longan Cara Tiba2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here