Home Petua Tips Sumber Pendapatan Sebenar Ustz Ebit Lew Didedahkan, Sangkal Tuduhan Guna Duit Derma...

Sumber Pendapatan Sebenar Ustz Ebit Lew Didedahkan, Sangkal Tuduhan Guna Duit Derma Beli Kereta Mewah

327
0

Di masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya.

Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku, siapa sangka Ustaz Ebit Lew yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Namun hari ini pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew mula terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Suka hati nak tuduh dia guna duit derma

Sehinggakan, ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tuduhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

Ada golongan-golongan b0d#h yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit derma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi b0doh. Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.

Jom kita tengok secara k4sar pendapatan Ustaz Ebit Lew

Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu-ribu

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku.

Selain itu Ebit Lew juga merupakan seorang penceramah popular, di mana beliau sering dijemput pelbagai syarikat dan agensi bagi memberikan ceramah motivasi.

Anda boleh lihat sendiri betapa ramai orang hadir setiap kali Ebit Lew menjadi penceramah dan semua itu bukan sedikit bayaran.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

 

Malah beliau turut menerima pelbagai pencapaian dan anugerah antaranya:

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M dan Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Selain itu beliau telah memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
Beliau juga pernah menjadi penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.

Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

” Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita, sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat. Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

” Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melharikan lagi insan dermawan seperti beliau.

Minta Maaf Semua

Hari ini sekali lagi Ebit Lew mengeluarkan permohonan maaf dan ucapan penghargaan kepada badan kerajaan dan lembaga zakat. Berikut luahan hati beliau

” Terima kaseh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini dengan memberi bantuan. Terima kaseh JKM…

” Terima kasih jiran lama keluarga Pak Aq yang baik banyak membantu mereka.

” Mereka selalu membantu menghantar makanan dan lain-lain. Terima kaseh Pihak Masjid Kariah yang ambil berat hal mereka. Terima kaseh kerajaan negeri Kedah yang membantu mereka selama ini.” luah Ebit Lew,

 

Kredit , Malaysiaunited.my

Previous articleLelaki ini Tampil ‘Sound Keras’ Pengkritlk Ustaz Ebit Liew,Siapa Terasa Memang Pedas
Next articleBerjuang hingga sampai tumbang, frontliner dilaporkan m4ut akibat C0vid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here