DEMI ibu tercinta, apa sahaja sanggup dik0rbankan.
Kisah Mohammad Ilias Zulkiffli, 26, yang sanggup berhenti menjadi seorang tentera dan kini mengambil tanggungjawab penuh menjaga ibu dan lima adiknya sangat menyentuh hati dan dalam masa sama memberi inspirasi.
Menurut Ilias, dia sudah setahun belajar di Kor Jurutera Letrik dan Jentera di Port Dickson, Negeri Sembilan pada ketika itu sebelum pulang ke kampung halaman di Butterworth, Pulau Pinang, demi bekerja untuk meny4ra ahli keluarga yang lain.
Ilias bersama ibunya yang menjadi penguat semangat untuk dia teruskan perjuangan dalam dunia perniagaan.
“Saya guna result PMR masa nak minta tentera dulu. Lepas habis SPM 2013, terus saya masuk rekrut. Salah satu sebab saya minta keluar tentera lepas setahun dalam kem tu sebab mak ayah saya nak berc3rai. Sus4h juga masa tu nak minta keluar sebab saya dah setahun di sana.
“Tiga kali juga saya buat permohonan nak berhenti, yang kali ketiga baru dapat, tu pun lepas saya minta tolong mak saya buat rayuan kepada lembaga yang bersidang disebabkan ada masalah.
“Masa saya nak berhenti dulu, kawan-kawan dalam skuad semua kutuk cakap saya lembik dan lemah kononnya saya tak tahan sebab tu nak berhenti sedangkan mereka tak tahu saya ada masalah keluarga tapi masa tu saya tak boleh nak cerita masalah peribadi kepada orang lain.
“Beberapa bulan lepas saya berhenti sebagai tentera, saya balik ke rumah di Penang. Tak lama lepas tu mak ayah saya pun berc3rai. Mulai saat itu saya ambil tanggungjawab ayah saya. Saya tolong mak berniaga tepi jalan jual makanan dan minuman,” katanya.
Menurut Ilias yang juga anak sulung dalam keluarga, bukan hanya berhenti tentera, dia juga tidak meneruskan pengajian diploma dalam bidang perakaunan pada 2017 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan, juga demi memberi tumpuan kepada kebajikan kesemua adik yang masih bersekolah.
Imbasnya, dia juga menggalas tugas membantu ibunya berniaga pada waktu petang sehingga malam setelah mengambil adik-adiknya dari sekolah.
Ilias (kiri) bersama ahli keluarganya.
Lebih menyayat h4ti apabila Ilias menceritakan dia pernah hidup sus4h sehingga terp4ksa makan nasi bersama bawang goreng sahaja.
“Saya dah penat hidup sus4h jadi saya cuba ikhtiar cari jalan untuk cari duit. Saya nampak platform online masa tu boleh buat duit.
“Saya tak ada duit nak keluarkan modal. Saya pun jadi dropship lah masa tu. Saya jual barang orang dengan promote sikit-sikit. Masa tu saya rasa susah juga berniaga online ni.
“Down juga masa tu tapi saya tak putus asa. Saya jual kerepek pula hantar dekat kedai-kedai runcit. Saya guna duit tu untuk sara keluarga dan bayar semua bil rumah,” ujarnya.
Jelas Ilias, dia tidak putus asa mencari rezeki demi kelangsungan hidup keluarganya apabila mengambil inisiatif untuk kumpul duit berniaga dan menghadirkan diri ke kelas-kelas belajar berniaga antaranya anjuran usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri pada 2018.
Jejaka yang berjaya dalam dunia perniagaan ini merupakan anak jati Pulau Pinang.
Bercerita lanjut, Ilias sanggup berulang alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas-kelas tersebut dengan menaiki bas dan jika ia memakan masa sehingga berhari-hari, dia hanya bermalam dan mandi di tandas stesen bas sahaja kerana tidak mampu menyewa hotel.
Dalam pada itu, Ilias mula menjadi ejen selama beberapa tahun dengan menjual produk usahawan lain secara kecil-kecilan sehingga mampu membina legasi perniagaan dan mula mengusahakan produk makanan mi tarik miliknya sendiri sejak 2019.
“Alhamdulillah, berkat usaha penat lelah saya selama ni, sales bulan kedua saya memang sudah melebihi target. Bulan ketiga jualan laris sampai boleh beli kereta sendiri.
“Saya juga pernah kena tipu dengan pembekal sehingga memakan puluhan ribu ringgit. Saya order barang tak sampai, kotak tak sampai.
“Pernah juga saya nak buka gudang makanan pun kena tipu. Tapi saya anggap itu sebagai pahit manis dalam dunia perniagaan,” ujarnya.
Produk makanan tersebut laris di pasaran namun menurut Ilias, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaannya terjejas dan terpaksa mengambil inisiatif lain untuk membuka kedai makan Mamawey Recipe Rooftop di Jalan Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ilias berjaya membuka sebuah restoran yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sudah mengeluarkan modal lebih RM200,000, Ilias sedang menaik taraf restoran yang sudah beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan memiliki lebih 20 pekerja.
“Apa yang boleh saya cakap, antara penyebab saya berjaya sampai tahap ini adalah saya ambil inspirasi ibu saya. Dia mula berniaga sejak usia 14 tahun dengan menjual apam balik sampai sekarang umur dah lebih 40 tahun tapi tak pernah mengeluh sikit pun.
“Jadi setiap kali saya down, saya akan ingat balik mak saya dan adik-adik untuk saya teruskan apa saya buat sekarang. Walaupun kehidupan kami sudah berubah kepada lebih senang berbanding dahulu tapi mak saya memang tak boleh duduk diam sebab tu dia tetap berniaga secara suka-suka.
“Sekarang pula zaman memang susah nak cari kerja. Kalau ada rezeki lebih, saya memang nak buka banyak lagi peluang pekerjaan untuk orang lain bekerja dengan saya terutama golongan muda,” katanya.
Mengambil segala pengalaman berlaku sebagai pembakar semangat untuk dirinya, Ilias juga menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan produk lain sebagai perancangan masa hadapannya.
Menurut Ilias lagi, dia juga menyimpan hasrat untuk lebih berjaya dan mahu bantu golongan susah di luar sana jika berminat untuk jadi usahawan sepertinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/