BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadd1q Syed Abdul Rahman membuat laporan p0lis berhubung keh1langan wang ratusan ribu ringgit di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar itu membuat laporan berhubung kejadian itu, pada Ahad.
“Saya telah membuat laporan p0lis terhadap kes kecvr1an yang berlaku di rumah saya,” tulisnya di laman Twitternya, petang Isnin.
Menerusi laporan p0lis yang dibuat di Balai P0lis Sg Way itu, Syed Saddiq menganggarkan wang tunai berjumlah RM250,000 h1lang dalam peti besi yang disimpan di kediamannya pada Sabtu.
Syed Saddiq berkata, beliau menyedari wang tersebut h1lang daripada peti besi di kediamannya pada kira-kira pukul 7 malam.
Menurut laporan p0lis itu juga, Syed Saddiq memaklumkan bahawa peti besi miliknya telah ditetapkan kod rhsia dan hanya individu tertentu yang tahu di mana beliau menyimpannya.
Laporan p0lis yang dibuat oleh Syed Saddiq. Foto Twitter Syed Saddiq
“Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah serta bilik adalah kemas,” katanya sambil menambah bahawa kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut pada 13 atau 14 Mac lalu.
Syed Saddiq dalam satu kenyataan memberitahu, pihak p0lis dan pasukan f0rensik membuat siasatan di kediaman beliau sejak Ahad malam.
“Pada masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menafikan laporan media bahawa wang tunai berjumlah RM250,000 adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecur1an masih belum dapat disahkan.
“Saya harap semua pihak juga tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang ramai,” katanya.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : Mstar