Home Petua Tips To’ki Baru Kehilangan Cahaya Mata, Ramai Yg Tak Tahu Puncanya

To’ki Baru Kehilangan Cahaya Mata, Ramai Yg Tak Tahu Puncanya

232
0

Tiba-tiba kisah hidup penyanyi era 1990-an, To’ki hangat diperkatakan netizen gara-gara foto pondok usang yang didiami bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Tidak putus-putus To’ki dikunjungi teman dan insan prihatin termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff dan penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang menghulurkan bantuan.

Namun, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 53, memohon hanya kisah baik mengenai dirinya dikongsi, bukan cerita peribadi.

“Usahlah ditanya berapa anak saya dan sebagainya. Jujurnya, tiada apa yang indah mengenai kehidupan saya ini untuk dikongsi bersama orang ramai kecuali rasa terharu atas keprihatinan semua,” katanya yang berteduh di pondok usang di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, sejak setahun lalu.

Heboh diperkatakan sejak foto pondok yang didiami bersama isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tidak mampu bergerak cergas, viral, To’ki tidak pernah menyesal dengan jalan hidup dipilih, jauh sekali mengeluh.

Malah, akui To’ki yang pernah mengungguli carta dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman selain Naluri Cinta dendangan bersama Rohana Jalil, mengaku tenang dengan kehidupan sekarang.

“Apa yang saya mahu hanyalah hidup dalam ketenangan. Disebabkan itulah saya berada di sini.

“Saya mahu minta ampun daripada semua yang mengenali saya. Jika ada yang terguris hati melalui lagu atau karya yang saya cipta sepanjang saya hidup, tolong ampunkan dosa saya dan halalkan makan minum,” katanya kepada BH Online.

Bersyukur masih ada insan yang mengingati dan menyayangi dirinya, To’ki terharu menerima pelbagai sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak.

“Andai kata ada sumbangan dan bantuan lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Seperti beras, daripada tidak termakan, ada yang saya kongsi bersama insan memerlukan,” katanya.

To’ki tidak menyangka saban hari, semakin ramai yang tampil menghulurkan sumbangan.

“Lebih membuatkan saya terharu apabila mendapat tahu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan hasrat untuk bertemu.

“Mungkin ini ganjaran Allah selepas setiap hari saya berdoa perkara positif. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa apabila ramai yang mula menghargai karya saya.

Baru Kebilangan Cahaya Mata

PENYANYI popular era 1990-an, To’ki, 53, dan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, sepatutnya dikurniakan anak tahun ini, tetapi hajat itu tidak kesampaian apabila kandungan Sharifah Fairuz gvgvr selepas dua bulan ham1il.

Sharifah Fairuz yang mesra disapa Fairuz berkata, dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap rezeki belum berpihak buat mereka.

Fairuz berkata, dia disahkan hami1l Januari lalu namun mengalami kegvgvran pada Mac lalu.

“Saya berkahwin dengan To’ki sejak satu setengah tahun lalu dan kami berpindah ke rumah di Batu 12, Gombak ini sejak enam bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : bharian

Previous articleKurang 24 jam Eka Sharif (AF9) Nak Nik4h, Majlis Terpksa DibataIkan, Makanan Katering Terpksa Disedekah.Semua Gara2 Ini
Next articleNetizen syak Ayda Jebat tinggal sebumbung dgn tunang, tapi ini alasannya Kita masih tak berani nak keluar sangat takut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here