North Carolina, 5 Jun – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat bengk4k pada otak disebabkan virus C0VID-19.
Aurea Morales dilaporkan meningg4l dunia Isnin lalu dan merupakan kanak-kanak pertama dilaporkan terk0rban akibat kor0navirus di negeri berkenaan.
Aurea dilaporkan mula jatuh sakit pada 28 Mei lalu dan disahkan positif COVID-19. Turut positif adalah ibu, ayah dan kakaknya.
M4ngsa kemudiannya mengalami s4wan dan dibawa ke Hospital University of North Carolina untuk rawatan.
Menurut keluarga, dia mengalami bengkak pada bahagian otak, koma dan meningg4l dunia.
Seorang guru yang pernah mengajarnya berkata, Aurea merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan suka membantu.
“Menerima berita pemergiannya menghancurkan hati saya. Saya masih cuba menghadam berita itu.
Dia penuh dengan kegembiraan dan satu keseronokan mempunyainya di dalam kelas,” kata guru tadika Aurea, Michelle Duke.
Susulan itu, ahli keluarga mangsa mengingatkan orang ramai agar terus memakai topeng muka dan kekal di rumah jika berasa tidak sihat. Mereka turut berpesan kepada para peniaga agar kerap mengelap permukaan dan menjaga jarak.
North Carolina mempunyai kira-kira 31,000 kes kor0navirus dengan lebih 900 kem4tian.
Sebelum ini, COVID-19 dipercayai lebih berbahaya kepada golongan berusia, namun kini saintis khuatir jika ia turut menyebabkan reaksi keradangan yang boleh menyebabkan kem4tian dalam kalangan kanak-kanak.
Sumber : rimbabara