Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.
Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
BACA: Lebih Rela Mati, Suhaimi Saad Tolak Vaksin Covid-19
Terbaru menerusi satu perkongsikan, Suhaimi mengajar anaknya melipar kain baju mereka sendiri. Ujarnya, akademik sahaja tidak cukup untuk jadikan anak-anak berguna dan berjaya.
“SS ajar anak anak lipat kain baju sendiri. Ajarlah anak anak ilmu AlQuran,hadis,akhlaq dan kemahiran. Akademik saja tidak cukup untuk menjadikan anak anak kita manusia yang berguna dan berjaya,” tulisnya.
Suhaimi turut mengatakan ramai orang yang terpelajar di luar sana tetapi kurang adab dan kemahiran diri.
“Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan,
tapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran. Puncanya tidak lain tidak bukan kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan,” tulisnya.
Suhami mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 2007, hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/