Kerap kali menerima komen negatif diruangan media sosial kerana memuat naik gambar yang agak menarik perhatian golongan lelaki, Elizabeth Tan masih lagi tidak mengambil serius segala kata-kata yang dibuat oleh netizen gatal itu.
Walaupun pernah mengakui sedih membacanya, namun selebriti cantik itu tetap juga memuat naik gambar daring di media sosial kerana menganggap apa yang ‘disajikan’ tidak terlalu seksi seperti yang diperkatakan.
Dalam perkongsian terbaru Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy, dia menyatakan tidak kisah pun sebarang komen yang ditinggalkan netizen di media sosialnya.
View this post on Instagram
Namun begitu, penyanyi lagu Knock, Knock berkenaan hanya meminta agar orang ramai yang meninggalkan komen di media sosialnya tidak bersikap hipokrit atau berpura-pura dan juga tidak melakukan double standards.
“Apa2 korang comment kt socmed I, I tak kisah pun. I cuma mintak satu je, jgn jd hipokrit dan jgn ada double standards k? Kbye” tulisnya.
Sehubungan dengan itu, Instagramnya kembali meriah dengan komen-komen lelaki ‘nakal’ yang sentiasa setia meninggalkan komen di ruangan tersebut.
Mereka juga setuju dan ‘akur’ dengan permintaan Lizzy dan tetap menyapa mesra selebriti berbangsa Cina itu.
Sumber: Elizabeth Tan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/