Home Petua Tips Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000… tanpa songket atau...

Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000… tanpa songket atau lace tetap terserlah seri pengantin! – “Mak ayah sanggup turunkan harga hantaran”

130
0

BILA bercakap tentang hari bahagia, semestinya berpuluh-puluh malahan ratusan ribu ringgit akan dihabiskan.

Berbeza pula dengan Najla Anati Mohd Nazim, 24 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 9 Januari lalu bersama Mohamad Safuan Ahmad Nasri, 25 yang juga jirannya di Baling, Kedah.

Menurut wanita yang mesra disapa Najla, dia bersyukur perkahwinannya hanya melibatkan perbelanjaan kira-kira RM2,000, apatah lagi dia belum habis pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Pasangan ini memilih tema warna hitam di hari bahagia mereka.

“Kami kenal sejak dari zaman persekolahan lagi, masa tu saya baru tingkatan dua. Tapi kami mula bercinta masa umur saya 18 tahun. Suami saya tua setahun daripada saya. Dulu sepupu saya jadi ‘posmen’ bagi surat masa kami bercinta.

“Dulu saya suka melawak dengan mak cakap nak kahwin tapi mak cakap, kalau serius nak kahwin, bertunanglah. Lagipun tak manis orang tengok kami berjumpa sebab dulu suami saya suka hantar makanan di rumah. Dah la kami sekampung jadi jiran-jiran memandang. Bermula dari saat itulah kami plan nak kahwin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebenarnya kami dah nak kahwin dari tahun lepas lagi tapi ada saja halangan. Ye lah… kita hanya mampu merancang tapi Yang Esa juga menentukan segala-galanya,” ujarnya.

Bercerita kepada mStar mengenai persiapan perkahwinannya, Najla hanya membeli kain secara atas talian di Shopee sahaja dan baju kurung Pahang yang dipakai adalah hasil jahitan ibunya sendiri.

Manakala baju dipakai oleh suaminya yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Minyak, Pulau Pinang ini merupakan baju kemeja dibeli di sebuah pusat beli belah, Brand Outlet di Kedah.

Kalau boleh jangan sampai berhutang semata-mata nak kahwin.

NAJLA

“Saya minta mak jahit baju kurung Pahang ni pun sebab saya ingat nak jimat. Nanti masa saya praktikal atau ada kenduri orang lain saya boleh pakai baju ni. Samalah macam suami saya, sebab tu dia beli baju kemeja je.

Berikutan video yang menjadi tular itu, Najla tidak menerima sebarang komen mengkritik cara mereka melangsungkan perkahwinan.

Najla akui dia merupakan wanita yang berperwatakan ceria.

Rata-rata komen rakaman video di TikTok hanya memuji sikap pasangan ini yang bersederhana dan tidak menghiraukan pandangan masyarakat dengan cara mereka berkahwin.

“Bagi saya, selagi kita boleh jimat, kurangkan segala kos. Kalau boleh jangan sampai berhutang semata-mata nak kahwin janji ada kenangan kahwin tu pun dah OK.

“Lepas kahwin nanti kita nak beli banyak lagi barang rumah kan, jadi kenapa kita nak habiskan semua duit dekat majlis perkahwinan tu saja.

G4dis ini turut memuat naik video bersama pasangan mengambil gambar kahwin untuk simpanan sebagai kenangan di sebuah taman permainan berhampiran rumah mereka.

“Saya jenis lasak. Saya ni berbeza sikap dengan suami yang pemalu. Jadi kami ni pasangan yang saling melengkapi,” seloroh Najla.

Menurut Najla lagi, keluarganya juga dilihat tidak kisah untuk mengadakan majlis secara ala kadar malah sanggup menurunkan harga hantaran agar tidak terbeban.

Pasangan ini memilih taman permainan sebagai tempat mereka ambil gambar perkahwinan sebagai kenangan.

“Dulu orang cakapkan hantaran kena ikut tahap pendidikan anak, tapi sekarang mak ayah pun dah lebih memahami kalau kita sendiri nak jimat dengan letak harga hantaran tak terlalu tinggi.

“Alhamdulillah keluarga saya OK je dengan keputusan saya dan suami masa tu. Kalau suami saya tak mampu, mereka sanggup turunkan lagi harga hantaran,” jelas Najla.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Sayang Muda-Muda Dah Tak Ada Gigi, Isteri Lawa” – Vida Nak Taja Yassin Senario Buat Gigi Baru
Next articleBerkain Pelikat & Selipar, Tok Ram Lalu Di Karpet Merah GV8 Tarik Perhatian Wargamaya – “Dia Jadi Diri Sendiri, Sempoi”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here