Home Petua Tips Tuan Rumah Kata Tak Ajak pun Tetapi Tetamu Dtg Sendiri.Tapi Kantoi Bila...

Tuan Rumah Kata Tak Ajak pun Tetapi Tetamu Dtg Sendiri.Tapi Kantoi Bila Polis Tanya Tetamu

647
0

Tetamu datang tanpa undangan. Itu alasan diberikan pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Gombak, Kuala Lumpur yang didapati mengumpul 18 individu dalam kediaman berkenaan, hari ini.

Pemeriksaan polis di rumah itu pada 5 petang hari ini mendapati 18 penghuni rumah serta tetamu berada di kediaman itu sempena Aidilfitri meskipun aktiviti ziarah tidak dibenarkan selepas Hari Raya pertama.

Pemilik rumah berusia 50-an itu mendkwa tetamu datang ke rumahnya tidak dijemput, sebaliknya kehadiran mereka tanpa diketahuinya.

Bagaimanapun, seorang daripada beberapa tetamu di dalam rumah berkenaan pula memaklumkan mereka dijemput pemilik rumah untuk datang beraya hari ini.

” Saya datang ke rumah saudara ini sebab tidak sempat untuk ke sini semalam kerana bekerja,” katanya.

Seorang lagi tetamu lelaki berusia 19 tahun berkata, dia dijemput rakannya yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan untuk datang beraya.
” Saya tinggal di kawasan perumahan ini dan datang selepas dijemput rakan untuk beraya.

” Saya tahu beraya hari kedua adalah satu kesalahan, tetapi saya datang juga dan tidak menyangka polis akan datang untuk periksa rumah ini,” katanya yang baru sahaja tiba di rumah berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan.

Dalam pemeriksaan itu, pemilik rumah berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama sahaja membabitkan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tengah seronok menziarah, sekali polis datang

Sementara itu di Kampung Bunohan, Tumpat, ziarah di sebuah kediaman petang semalam menerima kejutan apabila dikunjungi anggota polis yang membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun, individu yang berada di rumah itu dipercayai terdiri daripada sanak saudara terdekat dan tidak melebihi 20 orang sekali gus tiada tindakan dikenakan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, biarpun mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun mereka dinasihatkan tidak berkumpul dalam tempoh lama.

” Sebaik anggota polis tiba di rumah itu, ada beberapa individu segera bersurai dan anggota polis menasihatkan individu lain supaya patuh SOP dengan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ab Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas satu video yang tular, hari ini mengenai kehadiran pihak berkuasa di sebuah rumah untuk membuat pemeriksaan berikutan terdapat ramai pengunjung.

Menurutnya, walaupun tiada tindakan dikenakan, namun pihak polis serius membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana dibimbangi ada yang memandang ringan terhadap SOP yang dikeluarkan.

” Kami serius dalam memantau situasi sebegini (berkumpul) dan sentiasa membuat pemeriksaan mengejut sekiranya kelihatan kenderaan atau pengunjung yang ramai di sesebuah kediaman.

” Bagaimanapun, setakat hari ini tiada yang berkumpul melebihi 20 orang dan semuanya patuh akan SOP,” katanya.

Sumber : Limauais

Previous articleUpacara Kahwin di Kuil,Ini Jawapan Padu Ismail Sabri
Next articleHanya Potret & Sejadah Biru Ashraf Sinclair Jadi Peneman Ketika Solat Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here