Home Petua Tips Tambahan RM500 Diberikan Untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Berikut Senarai Penerima Yang Layak

Tambahan RM500 Diberikan Untuk Bantuan Keluarga Malaysia, Berikut Senarai Penerima Yang Layak

105
0

Kuala Lumpur – Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia BKM dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM 8.2 b.ilion yang dijangka memanfaatkan 9.6 j.uta penerima.

Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding Bantuan Prihatin Rakyat BPR sebanyak RM 7 b.ilion yang memberi manfaat kepada 8.6 j.uta penerima sebelum ini.

M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, menerusi bantuan tersebut, isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM 2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 2,000 secara one-off.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data yang berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya sempena pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di Jalan Duta di sini.

Data itu ialah penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas C.oVID BKC B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin.

Selain itu, data agensi kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli, gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM serta DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Tambahan Diberikan

“Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM 500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM 5,000.

“Selain itu bantuan tambahan sebanyak RM 300 lagi turut diberikan kepada isu rumah warga emas. Ini bermakna kepada ibu atau bapa tunggal yang memiliki tiga anak dan lebih, layak mendapat BKM maksimum RM 2,500,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebelum ini.

Belanjawan 2022 menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Rakyat yang Sejahtera, Perniagaan Yang Berdaya Tahan serta Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kem.iskinan Makanan 2019 iaitu 1,169 ringgit berbanding PGK 2016 iaitu RM 980 sebelum ini.

“Usaha meluaskan liputan perlindungan sosial ini adalah selaras dengan komitmen ker.ajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa.

“Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM 200 j.uta.

“Secara keseluruhan RM 2.4 b.ilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440 ri.bu isi rumah memerlukan,” kata Tengku Zafrul lagi.

Kredit : Astro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatime.me/

Previous articleSyifa Melvin Tunai Umrah Bersama Keluarga Safawi Rasid – “Doakan Keselamatan Kami, Halalkan Semua..”
Next articleWanita cem4s terbuang dompet barang kemas, mujur pekerja MBSP sanggup korek timbunan sampah cari sampai jumpa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here