KUALA LUMPUR: Kenaikan jumlah kes aktif Covid-19 di negara kita berbanding 3 minggu lepas, tidak sepatutnya membuatkan rakyat pan1k, kata Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman Facebooknya sebentar tadi.
Ini kerana kenaikan itu pada masa ini ialah hasil dari saringan yang lebih aktif dan meluas – terutama ke atas golongan pekerja yang kembali bekerja dan golongan bukan warganegara.
Jelas Najib, kapasiti saringan Covid sehari juga telah meningkat dari kurang 1,000 sehari sebelum kerajaan PH tumbang ke lebih 27,500 saringan sehari sejak minggu lepas.
“Realitinya, ialah lebih ramai pesakit yang tidak ada gejala penyakit dapat dikesan dan dikesan lebih awal supaya rawatan dan penjagaan yang diperlukan mampu diberi lebih awal”.
“Sebab itu, jumlah kes kritikal Covid-19 di negara kita terus menurun dan terkawal”, katanya lagi.
Najib turut menjelaskan bahawa kes kritikal Covid yang memerlukaan penjagaan Unit Kawalan Rapi (ICU) telah jatuh dari 108 pesakit ke 5 orang semalam.
Dari jumlah tersebut kata beliau, kes Covid paling kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) turun dari setinggi 66 pesakit pada awal bulan April telah turun ke sifar semalam.
“Ini adalah jasa barisan harapan negara kita bersama kerjasama dengan majikan serta pengorbanan seluruh Rakyat Malaysia yang mematuhi arahan untuk duduk rumah dan melakukan penjarakan diri sejak PKP dilaksanakan”, kata Najib diakhir postingnya.
7Hantaran itu setakat ini telah mendapat hampir 7 ribu like – kurang sejam setelah diterbitkan.
Penjelasan dari Najib mengenai perkembangan semasa dalam negara seperti yang berkaitan Covid-19 ini sememangnya sering ditunggu rakyat kerana beliau bercakap/menulis dalam bahasa mudah yang mampu difahami, berbanding penjelasan dalam bentuk data dan angka semata-mata – sekalipun tidak disangkal kebenarannya, tapi sukar difahami sesetengah kelompok masayarakat.
Sumber : suaratv