Home Petua Tips Abu Syafiq Muatnaik Status Sudah Bank-In Duit Kpd R0hingya, Tapi Sempat Lagi...

Abu Syafiq Muatnaik Status Sudah Bank-In Duit Kpd R0hingya, Tapi Sempat Lagi Dia Petik ‘Geng Bawang’

258
0

” Bagi Rohingya pada saya bantu.” ini luahan Ustaz Abu Syafiq setelah kisah Rohingya menjadi bualan hangat ketika ini.Niat baik Ustaz Abu Syafiq patut di puji lagipun di bulan yang barakah ini.

Beberapa hari lalu pendakwah bebas Abu Syafiq pernah muatnaik status di Intagram menyatakan hasrat beliau mahu membantu warga Rohingya di Malaysia yang dalam kesusahan.

” Selain saya membantu rakyat Malaysia yang susah kali ini saya mahu bantu semua muslim Rohingya di tanah air.

” Ikut kemampuan saya terutama orang muda yang kelak dapat pula membantu rakan mereka dan keluarga.” tulis Abu Syafiq.

Perkongsian Abu Syafiq itu mendapat reaksi pelbagai dari warganet.

Tidak kurang yang memperkecilkan niat beliau semata-mata mahu meraih perhatian selepas isu perdebatan dengan warganet di Facebook berhubung isu sumbangan Ebit Lew.

Namun apa pun kita kena berfikiran positif sebagai umat Islam kita kena saling bantu membantu dan hindari dari berbvruk sangka sesama kita.

Dah bank in duit kepada warga Rohingya

Bagaimanapun, hari ini Abu Syafiq seakan mengotakan kata-kata beliau tempoh hari tentang mahu beri sumbangan kepada warga Rohingya.

” Hari ini sempat bank-in ke akaun-akaun beberapa orang susah Rohingya dan rakyat Malaysia yang memerlukan.

” Jom kekal dalam keikhlasan, jangan pertikaikan keikhlasan hamba yer.” tulis Abu Syafiq dalam entri terbaru di Instagram beliau.

Entri tersebut hanya mengandungi perkongsiannya sahaja dan tiada gambar disertakan sekali.

Selari dengan syarat beliau letakkan sebelum ini, tiada gambar akan dikongsikan sekiranya beliau memberi sumbangan kepada golongan miskin.

Sementara itu dalam entri berasingan, Abu Syafiq sempat memerli warganet yang telah mempersoalkan segala tindakan beliau.

Sempat perli ‘geng bawang’

Menurutnya, warganet seharusnya memberi fokus dengan menghulurkan kerjasama membantu rakyat Malaysia yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

” Geng Bawang sepatutnya membantu mngsa Rohingya yang memerlukan bantuan.

” Geng Kacang Turki sedia menghulurkan kerjasama membantu rakyat Msia yang susah dan juga rakyat Rohingya yang memerlukan.

” Jom malam ini LiVe di IG www.instagram.com/ustazabusyafiq kita diskas mcm mana nak bantu orang tanpa bideyu dan kumera.” tulis Abu Syafiq.

Kongsi nombor telefon suruh warga Rohingya hubungi

Terdahulu, dalam perkongsian sebelum ini, Abu Syafiq telah berkongsi nombor telefon beliau dan meminta warga muslim Rohinga menghubunginya jika memerlukan sumbangan

” Muslim Rohingya boleh terus call atau WhatsApp saya +60192713781 atau lebih mudah send mesej di Instagram saya
” www.instagram.com/ustazabusyafiq

” Jangan bimbang saya sedia membantu selain saya juga bantu orang Msia yang memerlukan.

” Tapi utk muslim Rohingya yang baik-baik sahaja ye. Kerana saya tidak mahu masaalah pada masa mendatang.” tulis Ustaz Abu Syafiq.

Beberapa hari lalu Facebook Abu Syafiq telah digodam menyebabkan beliau menggunakan platform Instagram.
Abu Syafiq turut menutup ruangan komen dalam setiap entri beliau.

Sebelum ini heboh di media sosial apabila Abu Syafiq memuatnaik status mempertikaikan sesetengah pihak yang menderma kemudian berkongsi gambar di media sosial yang menurutnya ‘har4m’.

Meskipun tidak menujukan kepada sesiapa dan tidak menyatakan nama sescara khusus, namun ramai mengatakan komen tersebut ditujukan kepada pendakwah popular Ustaz Ebit Lew.

Sumber lamanhiburan

Previous article‘Dua YB yang dihvkum itu pun orang Melayu dan Islam,’ Dua YB did4kwa warganet blh berbangga – Kadir
Next article“Jual tembikai depan rumah pun nak kena sita ke” Pakcik ni ‘sekolahkan’ pihak berkuasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here