Malaysia sudah memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kini akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan pesakit CVID-19 yang pulih semakin meningkat sejak seminggu lepas.
Lebih melegakan hati ramai, jumlah pesakit yang sembuh dan telah discaj keluar kini hampir mencecah angka 2000. Sudah tentunya, perkara ini sedikit sebanyak memberikan perkembangan dan perkabaran yang positif kepada rakyat Malaysia.
41 pelajar tahfiz telah sembuh CVID-19!
Menurut perkongsikan KKM melalui laman Facebook rasmi mereka, sebanyak 41 orang pelajar tahfiz di Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling yang wabak pandemik ini, telah dilaporkan sembuh dan didiscaj dari hospital.
Para pelajar tahfiz ini merupakan sebahagian daripada kluster tabligh yang telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz pada 2 April yang lalu.
Dibenarkan untuk discaj hari ini
“Saringan diagnosis dan rawatan awal paling penting”
Rawatan di peringkat awal amat penting!
Proses pengesanan, kuarantin, isolaso & rawatan awal langkah yang tepat!
Diruangan komen, kini dipenuhi dengan ucapan tahniah dan kesyukuran mengenai berita baik ini.
Orang ramai juga mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada pihak KKM diatas kerja keras mereka demi menyelamatkan ny4wa rakyat Malaysia.
Sumber : KKM via ohmymedia