HUJAN lebat bukan penghalang Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membantu m4ngsa kem4langan.
Kejadian berlaku di Kilometer 103.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, Temerloh, pada 2.30 petang hari ini.
Baginda yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sempat memberhentikan kenderaan untuk membantu m4ngsa.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Lembing di Kuantan hanya mengalami keceder4an ringan.
Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang, Tengku Hassanal yang ketika itu dalam perjalanan ke ibu negara menuruni kenderaan untuk memeriksa keadaan dan berbual dengan pemandu terbabit.
Sambil berpayung, baginda sempat bertanya khabar kedua-dua mangsa sebelum melihat sendiri kenderaan yang terbabit kem4langan.
Sumber Foto : Berita
Dalam kejadian itu, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.
Pada pagi hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencem4r duli
turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan mangsa kem4langan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX).
Sumber : hmetro