Home Petua Tips ‘Macam baru balik dari perang’ Netizen kvtuk ibu sebak tengok anak balik...

‘Macam baru balik dari perang’ Netizen kvtuk ibu sebak tengok anak balik dr Uni sebab PKP

355
0

Semua sedia maklum bahawa pelajar Universiti yang terkandas di kolej kediaman mereka telah diberikan kelonggaran untuk pulang ke rumah bermula 27 April lepas.

Disebabkan itu, ramai pelajar yang telah pun sampai ke kampung halaman mereka. Astro Awani melaporkan semalam ada ibu yang tak dapat tahan sebak apabila akhirnya anaknya dapat pulang kerumah.

Nampaknya isu ini jadi berlarutan apabila sentimen-sentimen benci dalam diri segelintir warganet masih terpahat berikutan dengan kes yang pernah viral pasal penuntut Universiti sebelum ni.

“Pandai tapi mental lemah”

Kalau anda masih ingat, sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial apabila ramai pelajar IPT yang menzahirkan rasa tak puas hati, sedih dan bengang kononnya kesihatan mental mereka terganggu kerana duduk ‘mereput’ dalam bilik hostel.

Ada juga yang complain makanan yang disediakan oleh pihak kampus tak sedap dan ia telah mengundang kem4rahan netizen kerana sikap ‘manja’ mereka.

Tak lama selepas itu, Perdana Menteri membuat pengumuman berkenaan dengan kelonggaran bagi pelajar-pelajar IPT ini untuk pulang kerumah, saat PM isytiharkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei.

Berikutan itulah isu ini kembali naik apabila berita rasa sebak ibu dapat jumpa anak yang baru pulang di kampus itu. Sekali lagi mereka telah dikutuk habis-habisan seperti tak puas hati melihat pelajar-pelajar ini akhirnya dapat pulang kerumah.

Ada yang compare mereka dengan orang kerja askar lagi.

Macam-macam lagi kutukan dan tohmahan dilemparkan kepada diri mereka padahal berita itu menjelaskan bahawa ibu yang sebak.

Namun begitu masih ramai lagi warganet yang mempunyai empathy yang kuat melihat nasib-nasib mereka ini.

Bahkan ada yang marah dengan segelintir orang yang tahu nak kec4m je.

Di ruangan komen posting ini ramai netizen yang bersimpati melihat mereka ini.

Mungkin segelintir pelajar yang lantang tu je ada sikap yang buatkan netizen marah, tapi usahlah nak jatuh hukum dekat semua pelajar.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

 

Sumber lobakmerah

Previous articleWak Doyok angkat ‘bendera putih’ mohon maaf ‘saya sedar silap,tak arif protokol diraja’
Next articleKenyataan Ustaz Abu Syafiq kepada Mufti Perlis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here