PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, bersyukur apabila keputusannya untuk tidak meminta maaf dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq mendapat sokongan masyarakat.
Ia susulan daripada tuntutan dibuat Abu Syafiq selepas status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.
Amin ketika dihubungi berkata, dia berbuat sedemikian selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pasukannya dan peguam. Hari ini Amin Idris berkongsi dengan netizan tentang perkembangan kes Saman dengn Abu Syafiq
Menurut Amin, sebelum ini Abu Syafiq ada DM dia
“Apa khabar Tuan Amin? Harap sihat hendaknya. Saya Abu Syafiq. Saya dapati, Tuan telah memetik mengatakan terhadap saya, fitn4h,serta mengaiban saya dengan jelas
Saya mohon demi kebaikan Tuan, sila lakukan dua perkara ini dengan segera
1) Padam Status tuan berkaitan dengan saya
2) Nyatakan secara umum mohon maaf kepada saya kerana nukilan perkara tidak benar
“Mungkin kita ada perbezaan politik jangan memfitnah antara kita. Jangan lupa buat dua perkara itu tadi ye, nak call sy pun boleh” tulis Abu Syafiq
Amin Idiris kemudian membalas yang dia tahu apa yang dia buat, dan menasihati Abu Syafiq juga supaya jangan fitnah orang sesuka hati, serta sila cermin diri sendiri dulu
Kemudian Abu Syafiq balas kembali “saya tutup pintu nok gocoh dgn demo. Sama Islam, ramadhan ni harap jangan fitnoh deh. jangan lupa quran terawih dan rahsiakan sedekah”
Pesanan Kepada Abu Syafiq dan netizan
“Kalau kamu bersedia untuk mengkritik orang, kamu kena bersedia untuk dikritik jug. Kepada Netizen, tak suka macam mana pun, jaga perkataan kita. Jangan sampai menghina. Jangan m4ki
Tak ada masalah kalau tak bersetuju dengan sesiapa.
Tetapi, jangan sampai menghina. Apabila kamu dapati golongan yang sombong, berlakulah sombong terhadap mereka.
Apabila kamu dapati kalangan yang tawadhu, maka berlakulah tawadhu terhadap mereka”
Amin juga memberitahu ilmu yang tidak dijalin dengan akhlak tidak ada nilai dan mengesa netizan untuk boikot Abu Syafiq. Berikut Perkembangan terkini selepas lebih 7 hari Abu Shafiq ugut nak saman 1 Juta
Terdahulu, Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show mendedahkan tuntutan yang dibuat Abu Syafiq di semua laman sosial.
Dalam tuntutan dibuat Abu Syafiq menerusi peguamnya menyifatkan status dimuat naik Amin membuatkan Abu Syafiq mendapat menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.
“Hasil daripada ‘posting’ itu, anak guam kami menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat termasuklah ratusan kecaman, ugutan dan komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam,” katanya.
Menerusi tuntutan sama, permohonan maaf itu dibuat di semua medium dan mesti diluluskan oleh Abu Syafiq.
Amin diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta.
Sumber : http://trendingsangat.pw/ by Samson Bujang Lapok