Home Petua Tips ‘Saya Nak Gaji RM3500,Duduk Rumah Teres Dan Pakai Kereta Exora’ Aliff Syukri...

‘Saya Nak Gaji RM3500,Duduk Rumah Teres Dan Pakai Kereta Exora’ Aliff Syukri Nak Tukar Jadi Hidup Susah Pula Rupanya Ada Sebab

511
0

” Dulu ketika saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.”

Itu antara pengakuan jujur Datuk Seri AIiff Syukri yang mengatakan beliau merindui kehidupan lamanya sebelum menjadi jutawan dan dikenali ramai.

Beliau yang juga usahawan kosmetik popular mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Ini kerana, menurut AIiff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

” Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

” Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

” Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

Biarpun begitu, kata AIiff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.
” Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

” Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sdih dengan apa yang dilaluinya kini.
Sebelum ini, AIiff terp4lit dengan beberapa kntrversi termasuklah isu pergolakan rumah tangga dengan isterinya Datin Shahida.

Desas-desus tentang perkara itu timbul apabila AIiff Syukri mengeluarkan single terbarunya. Beliau bagaimanapun menafikan lagu tersebut ada kena-mengena dengan isterinya.

” Orang luar tidak faham. Dalam kehidupan ada pasang surut. Tekanan kerja, netizen dan keluarga ia ibarat pakej lengkap dalam hidup saya. Jadi, saya perlukan orang kuat di sisi saya.

” Sy tak aiibkan keluarga. Saya tidak sentuh sesiapa pun. Saya bahagia dengan perkahwinan dan anak. Lagu ini saya tujukan untuk orang yang tak bahagia.” ujarnya

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Kredit : gmpak

Previous article“Sesungguhnya ia satu hakikat hidup yg tak pernah seharipun saya akan melaluinya” Luahan Rakyat Malaysia Di It4li
Next articleSelepas Tvlar Ada Wanita Yang Nafi Isteri Kedua Najib,Ini Ulasan Padu Chef Wan Ada Kaitan Dengan Rosmah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here