Home Petua Tips “Terima kasih kerana sudi datang,” – Perdana Menteri penuhi impian pes4kit k4nser...

“Terima kasih kerana sudi datang,” – Perdana Menteri penuhi impian pes4kit k4nser tul4ng

108
0

Hasrat seorang remaja yang mender1ta k4nser tul4ng tahap empat untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akhirnya tercapai apabila pemimpin nombor satu negara itu berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Pangsapuri Megah Villa di sini.

Nurshazrina Suryanto, 15, tidak menyangka hasratnya untuk bertemu Ismail yang diluahkan kepada beberapa pihak sebelum ini akhirnya didengari.

“Saya menyuarakan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri kepada bapa, termasuk pihak lain dan tidak menyangka permintaan ditunaikan.

“Terima Kasih Perdana Menteri kerana sudi datang menziarahi saya dan sedikit sebanyak dapat mengubati kes4kitan yang dialami ketika ini.

“Insya-Allah, saya akan ingat pesanan beliau untuk terus bersabar dengan ujian Allah SWT dan terus kaut menghadapi apa juga dvgaan untuk masa depan,” katanya ketika dihubungi.


Semalam, Perdana Menteri menziarahi Nurshazrina di kediaman remaja itu dan pertemuan mereka diaturkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said.

Sementara itu, Ismail dalam Facebooknya berkata, ujian yang dihadapi oleh Nurshazrina menunjukkan tanda Allah SWT sayang kepadanya.

“Hari ini (semalam) saya dipertemukan dengan adik Nurshazrina di kediamanannya di Kota Warisan, Sepang.

“Nurshazrina adalah pengh1dap k4nser dan pernah memberitahu bapanya mengenai impian untuk bertemu dengan saya.

“Bapanya menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha P0litik saya dan alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian beliau dengan membuat lawatan mengejut ke kediamannya.

“Nurshazrina terkejut dan teruja melihat kehadiran saya dan sebelum pulang dia bersungguh-sungguh untuk untuk bangun dan berjalan bersama saya,

“Saya bimbang mengenai keadaannya, namun dia tetap mahu menghantar saya ke kereta. Begitu kuat semangat adik Nurshazrina. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada adik Nurshazrina supaya dia dapat mencapai cita-citanya,” katanya.

Nurshazrina, anak kelima daripada lima beradik disahkan mengh1dap k4nser tul4ng tahap empat sejak Oktober tahun lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi itu sudah menjalani pembed4han di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Bapanya, Suryanto Suraidi, 46, kini tidak bekerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa, termasuk membawa Nurshazrina mendapatkan rawatan di hospital yang ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor, di samping bantuan lain.

Komen netizen:

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article“Saya Terima Banyak Tawaran, Tapi Suruh Buka Tudung”- Mia Sara Sanggup Tak Berlakon Demi Menj4ga Aur4t
Next articleLegasi Siti Sarah… Loveta X Anzalna tampil 11 koleksi semi instant shawl

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here