Home Petua Tips Terima lebih 300 anugerah, Siti Nurhaliza tersenarai Top 100 Most Awarded Musician...

Terima lebih 300 anugerah, Siti Nurhaliza tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time… Netizen teruja dapat kalahkan Celine Dion

100
0

Nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza trending di Twitter apabila senarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce dan BTS.

Menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum, Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berada dalam industri seni.

Kedudukan itu juga mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu Malaysia itu dengan jumlah anugerah yang mengalahkan beberapa selebriti terkenal dunia.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.

Sehingga kini, penyanyi berusia 43 tahun itu telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.

Penyanyi lagu 7 Nasihat itu adalah pemegang beberapa rekod untuk pelbagai anugerah dan penghargaan.

Antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleAnzalna Dah Tahu J4ntina Anak Tapi Nak Rahsi4kan Dulu – “Saya Nak Beri Surprise Kepada Family!”
Next article“Lindungi Mereka Dari Keburvkan Dunia, Masukkan Ke Dalam SyurgaMu,” – Saharul Ridzwan Titip Doa Depan Kaabah, Jinggo & Sheila Rusly Terharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here