Kuala Lumpur: “Ya betul, ini adalah satu keajaiban yang memang saya tunggu-tunggu selama ini. Saya selalu berdoa sangat-sangat supaya Allah memberi keajaiban.”
Demikian kata penyanyi Elyana, 36, yang dimaklumkan sudah bebas dan pulih daripada k.nser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu, hari ini. Elyana ketika dihubungi berkata, kalau ikutkan dari segi penyakit dihidapinya itu memang sudah kr.nik dan sukar untuk pulih. Malah, dia bagaikan sudah tiada harapan untuk sembuh.
“Memang tak ada harapan dan saya sendiri pernah rasa putus harapan kira-kira empat atau lima tahun dulu.
“Saya hidap k.nser yang tak baik-baik ini, saya pernah putus harapan dan sediakan diri. Walau apa sekalipun kena bersedia jika penyakit ini memang tak sembuh. Namun, saya selalu minta doa pada Allah agar panjangkan umur untuk teman anak sampailah ada orang lain boleh jaga sebagaimana saya beri kasih sayang kepada mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut penyanyi lagu Kalis Rindu ini, sehingga sekarang dia sebenarnya masih belum percaya dengan berita dimaklumkan doktor mengenai dirinya yang sudah bebas dan pulih dari k.nser.
“Ini keajaiban yang saya masih tak percaya. Ini kerana selama ini saya hanya membayangkan dan berangan-angan saja macam mana suatu hari nanti doktor panggil dan tunjuk dah tak ada k.nser di dalam badan saya. Perkara ini yang saya selalu angankan. Seronoknya kalau macam itu, macam ini. “Kadang-kadang bila dapat tahu ada orang lain sembuh dari k.nser, saya jadi sedih dan cemburu. Saya persoalkan kenapa bukan aku, kenapa dia? Saya lagi lama hidap k.nser. Perkara-perkara remeh itu yang saya tiba-tiba persoalkan,” katanya.
Elyana berkata, dia sangat berterima kasih kepada semua yang mengenali rapat dirinya dan buat yang tidak kenal juga kerana sudah mendoakan kesihatannya.
“Bukan saja keluarga, tapi mereka semua iaitu rakyat Malaysia ini yang sangat prihatin. Saya berterima kasih sangat-sangat kerana ini bab-bab kebaikan yang kita kena pandang dan ambil peduli sebab bukan senang nak minta orang doakan kita. Saya amat berterima kasih dan berharap doa yang baik-baik ini akan berbalik kepada mereka semua,” katanya.
Elyana yang dibenarkan pulang ke rumah hari ini dari hospital berkata, dia masih memerlukan rawatan susulan seperti menyudahkan enam kali lagi sesi kemoterapi untuk memastikan sel-sel akar k.nser di dalam badannya betul-betul m.ti dan dia pulih sepenuhnya.
Terdahulu, Elyana berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi, hari ini buat semua pengikutnya dan peminat yang tidak putus memberi semangat selama ini.-Sumber: hmetro.
Hampir 11 Tahun Melwan Penyakit Yang Dihadapinya. Akhirnya Elyana Umum Disahkan Bebas Dari Sakit Ini.
Penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira apabila penyakit k.nser limfoma tahap empat yang dihidapinya selama 11 tahun telah hilang. Menerusi laman sosial Instagram, Elyana nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum.
Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya mel.wan penyakit ini membuahkan hasil.“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!! Kanser saya hilang!!!!“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love you Allah,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan IG Story juga, Elyana memaklumkan dia kini sedang menjalani rawatan kemoterapi buat kali kelima.Difahamkan kali pertama dia melakukan rawatan kemoterapi adalah pada sekitar September lalu.
Tidak kurang juga ramai yang mahukan pelantun lagu Niat itu terus menjadi inspirasi buat pejuang-pejuang kanser untuk melawan penyakit tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meraikan berita gembira tersebut dengan doa dan kata-kata semangat.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekitar Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan k.nser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit k.nser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan perasaan susulan ujian yang dihadapinya ketika ini. Menurut Elyana, dia meminta sokongan ramai, bukan mengkritik kerana ia hanya merosakkan jiwanya. “Kalau boleh memang saya nak makan healthy food, fresh, real food, sayur, buah, no sugar, exercise, makan suppliment itu dan ini. Saya dah sakit 10 tahun. Lebih 20 kali chemo, lebih 30 kali radioteraphy.
“Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi. “Tapi… jika kamu jadi saya, baru kamu tahu apa alasan saya. Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit lain…
“Jika anda ingin membantu, bantu dari segi perbuatan. Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya menerusi satu entri yang dikemas kini di Instagram buat tatapan umum. Menerusi fotonya yang dirakam bersandar lemah pada sofa, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut akui bukan satu perkara mudah buat pesakit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri- sendiri.
“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa. “Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan nak minum, munth, nak bercakap. Tumph cairan merah bertahun-tahun, nak duduk, nak berjalan, nak jaga keluarga, nak cari duit, nak berfikir, tak boleh tidur, nak selalu tersenyum depan anda.
“Berat… terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi. Sekadar informasi, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal menghidap sakit limfoma tahap empat sejak 2011 lalu.
Kali pertama dia mendedahkan mengenai penyakit yang dialaminya itu adalah menerusi konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya.
Sumber: MH
Sumber : trendinggiler.pw
Cukup 11 Tahun Bersama. Rupanya Dah 10 Tahun Elyana Hidap Sakit Ini Dan Ini Luahan Elyana Buat Ramai Sebak.
Penyanyi Elyana mend3dahkan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin bakal memasuki tahun yang ke-11 bulan hadapan. Menerusi satu perkongsian yang dikemas kini di Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini turut menitipan kata sayang buat suami tercinta.
“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya s.akit dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun. Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1. Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya. Titipan tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat yang turut sama tinggalkan komen yang baik-baik buat Elyana sekeluarga.
Malah ada juga yang mendoakan moga Elyana terus kuat berdepan uj1an. Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap sakit li.mf0ma tahap empat pada 2017. Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. Sumber: Instagram Elyana via MH
Ada Yang DM Minta Nombor Akaun Bank. Elyana Pilih Tidak Mahu Menyusahkan Orang Lain.
KUALA LUMPUR: Biarpun belum berjaya mengumpul RM50,000 bagi membeli ubat yang dikatakan berupaya menguatkan antibodi, penyanyi, Elyana, 34, meneruskan sesi kedua rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan, semalam.
Elyana mengaku sejak berita dirinya buntu hendak membiayai kos rawatan kimoterapi yang mencecah RM250,000 tersebar, dia menerima banyak mesej langsung (DM) daripada pengikut Instagram (IG) yang mahu menghulurkan bantuan.
Bagaimanapun, kata Elyana, setakat ini dia masih belum berkongsi nombor akaun bank kepada pengikut IG, namun, mengakui membaca setiap DM dilayangkan.
“Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas kebaikan pengikut.
“Kebanyakan daripada mereka yang melayangkan DM sama ada ingin menghulurkan sumbangan atau mahu mengambil inisiatif mewujudkan tabung bantuan, tidak dikenali.
“Saya sangat terharu melihat sambutan rakyat Malaysia yang sangat baik. Saya tidak meminta sumbangan daripada mereka, tetapi peminat yang ikhlas hati menawarkan diri membantu.
“Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Sejujurnya, saya malu untuk meminta-minta. Bagi saya, ini adalah ujian hidup saya, jadi biarlah saya hadapi sendirian.
“Namun, saya amat berbesar hati dan bertuah dikelilingi orang yang baik-baik,” kata penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu yang menderita kanser limfoma tahap empat.
Disahkan menghidap penyakit itu kira-kira 10 tahun lalu, Elyana atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, berkata dia hanya berkongsi nombor akaun bank kepada bekas pengurus syarikat rakaman, Sam Samin.
“Sam menghantar pesanan meminta nombor akaun bank daripada saya untuk dikongsi kepada kenalan. Sam kata mana tahu dalam kalangan teman atau orang terdekat, mungkin ada yang ingin menghulurkan sumbangan.
“Namun, setakat ini, saya masih belum memeriksa baki akaun bank terbabit. Kebetulan, saya terlupa kata laluan untuk akaun berkenaan. Saya masih belum sempat pergi ke bank menguruskan perkara itu.
“Berapa banyak sumbangan diberi, secara jujur, saya tidak tahu. Namun, saya teruskan rawatan kimoterapi tanpa ubat itu. Jika kos mencukupi, saya akan gunakan untuk sesi rawatan akan datang.
“Besar atau kecil sumbangan yang diberi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang atas niat baik mereka,” katanya.
Beberapa hari lalu, melalui IG Story, Elyana merayu ejen insurans tidak mengambil kesempatan atas kesakitan untuk melariskan polisi insurans.
Mengulas perkara itu, Elyana berkata, dia berbicara mengenai kepentingan insurans perlindungan diri sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Namun, Elyana tidak sangka ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan.
“Bagi saya, tidak salah jika ada yang ingin tahu mengenai insurans. Apa yang saya tahu, serba sikit saya kongsi. Tidak sangka pula ada yang merakamkan sesi saya itu dan sebarkan.
“Mereka sanggup sunting dan memasukkan lagu. Seolah-olah saya menjadi jurucakap syarikat insurans.
“Bagi saya, sikap mereka sangat tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan modal saya sakit untuk kesenangan mereka tanpa meminta kebenaran.
“Sudahlah rakaman dibuat dalam keadaan saya tidak bersedia iaitu di atas katil hospital. Saya tidak benarkan sama sekali mereka gunakan saya untuk mengaut keuntungan.
“Mereka yang berbuat demikian tidak sensitif langsung dengan keadaan saya,” katanya.
Elyana juga meminta peminta agar tidak berkongsi kisah individu yang tewas akibat kanser di ruang komen pada akaun IG.
Faham niat mereka berkongsi pengalaman ahli keluarga atau teman rapat yang menjadi korban penyakit itu, namun, ibu kepada dua cahaya mata, Cinta Sumayyah,10, dan Cahaya Ramadhani yang berusia dua tahun ini, menganggap sekarang bukan masa yang sesuai.
Semuanya kerana Elyana sedang menjalani rawatan kimoterapi dan menanggung kesakitan daripada proses itu.
“Saya tahu niat mereka baik. Mungkin sekadar ingin berkongsi mengenai ahli keluarga atau rakan yang tidak mampu bertahan ketika menjalani rawatan kimoterapi.
“Tetapi dalam keadaan saya sekarang, tindakan itu mengganggu semangat dan mempengaruhi emosi saya.
“Ada masanya saya dalam dilema apakah langkah diambil untuk menjalani rawatan kimoterapi betul atau tidak? Apakah selepas ini giliran saya pula tewas ketika menjalani kimoterapi?
“Jadi, kepada orang ramai, nasihat saya, jika ada orang sekeliling sedang sakit, janganlah bawa unsur negatif. Sebaliknya, pupuklah semangat mereka, bukan menjatuhkannya,” katanya.
Sumber: Bharian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :https://erakini.bbn.my/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.applehijau.com/