DI sebalik senyum dan tawa dalam meraikan hari bahagia, pengantin lelaki ini gagal menahan air mata tatkala dia melihat ibunya melangkah naik ke pelamin.
Menurut Muhammad Akmal Alif Ghani, 27, dia secara spontan diselubungi rasa seb4k apabila mengenangkan segala pengorbanan Jamilah Ahmad, 57, dalam membesarkannya selama ini.
“Saya rasa sed1h sebab mama merupakan syurga saya, bila jauh sikit mesti rindu. Saya pula anak bongsu, jadi saya memang rapat dengan mama.
“Walaupun saya nakal, Alhamdulillah sekarang saya dah jadi ‘orang’ dengan didikan dan ajaran mama. Saya sedih sebab terkenang dia didik saya sejak kecil.
“Kalau orang kata saya buat-buat men4ngis, tak mungkin sebab emosi itu datang dari hati. Mama merupakan syurga saya,” ujarnya yang senang disapa Alif.
Dalam majlis resepsi yang berlangsung di Pontian, Johor pada Sabtu, Alif diraikan bersama pasangannya Nur Emylia Azreen Saifulbahri, 23, selepas mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Khamis lalu.
Rakaman yang memaparkan Alif sedang men4ngis turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih 217,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
View this post on Instagram
Pasangan ini berkenalan menerusi TikTok.
Kata Alif, dia sekadar berkongsi rakaman itu untuk disimpan sebagai kenangan dan tidak menyangka ia bakal dihujani dengan pelbagai komen netizen.
“Video itu saya upload untuk kenangan. Saya anggap ia momen paling berharga dalam hidup. Kawan-kawan pun tak pernah tengok saya tumpah air mata, saya ni jenis susah nak nangis.
Kami sebenarnya jumpa dalam TikTok. Isteri yang tegur saya dulu, dia terlihat video saya sedang sed1h dalam TikTok.
ALIF
“Saya terkejut bila video kami viral. Ramai yang ucap tahniah. Pada masa sama, saya terharu bila ramai yang doakan kebahagiaan saya dan isteri,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai perkenalan singkatnya dengan Nur Emylia, Alif mended4hkan mereka berkenalan menerusi aplikasi TikTok pada tahun lalu.
Bermula secara dalam talian, hubungan tersebut menjadi semakin erat sehinggalah mereka membuat keputusan mendirikan rumah tangga selepas lima bulan berkenalan.
Mempelai diraikan dalam majlis resepsi di Pontian pada Sabtu.
Malah, Alif juga sanggup berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor ketika fasa awal perkenalan demi mengenali hati budi gadis tersebut.
“Kami sebenarnya jumpa dalam TikTok. Isteri yang tegur saya dulu, dia terlihat video saya sedang sedih dalam TikTok.
“Dia usik-usik kat video, kemudian dari TikTok kami bermesej di Instagram, WhatsApp sehinggalah jadi rapat.
“Empat bulan berkenalan, bulan kelima kami terus kahwin. Persiapan pun dibuat pada Disember tahun lepas, sangat cepat. Tapi saya percaya ini takdir Allah.
Pasangan pengantin diapit ibu masing-masing ketika diraikan dalam majlis tersebut.
“Saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Saya juga ambil keputusan untuk pindah dari Kuala Lumpur dan menetap di Pontian untuk membina kehidupan dengan isteri.
“Sebenarnya saya dah pindah ke Pontian ketika awal-awal kenal dia dulu. Saya memang pindah ke sana untuk kenal dia,” ujar Alif lagi.
Mengenai dirinya, Alif berkata dia bekerja sebagai peniaga manakala isterinya merupakan pengasas produk kecantikan jenama sendiri.
Kini, pasangan itu turut menjalankan perniagaan minuman dan keropok lekor secara bersama.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/