Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan PKP disampaikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Seri Ismail
Sabri sebentar tadi membuat liputan keadaan semasa ketika ini antaranya
1 PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 827 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 627,494 kenderaan
2 Sebanyak 42,941 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,700 premis telah diperiksa
3 550 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 480 direman dan 70 dijamin polis
4 1014 individu telah dituduh di mahkamah semalam
5 Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 23 April 2020 adalah sebanyak 19,048 individu
6 FakeNews – Sehingga 24 April 2020, PDRM dan SKMM telah membuka 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19
7 FakeNews – 170 masih dalam siasatan, 24 kes telah didkwa di mahkamah dan 13 mengaku salah
8 TakPastiJanganKongsi – Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita melalui portal https://t.co/rbDvQlHwoH. Kerajaan beri peringatan untuk berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya
9 Pengurusan Pusat Kuarantin
Setakat 24 April 2020, sebanyak 204 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 16,186 individu sedang menjalani kuarantin wajib
1,426 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib
Seramai 18,053 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020.
Sejak 17 April, 5,698 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang
10 Semalam, sebanyak 259 operasi sanitasi meliputi 67 Zon Merah & Kuning di 14 negeri, termasuk 40 operasi di Johor dan 31 operasi di Perak
11 172 bangunan Kerajaan, 126 tempat awam, 106 pusat perniagaan, 157 kawasan perumahan termasuk PPR dan 24 pasar raya telah disanitasi
12 KPDNHEP telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (753) pemborong (168) & pengilang (31)
13 Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara & mudah diperolehi
14 Pelajar IPT di Kampus
Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar bermula Isnin, 27 April 2020 & waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi
Pergerakan secara berperingkat hanya melibatkan perjalanan ke Zon Hijau sahaja tapi mesti ikut SOP dari Kementerian Pengajian Tinggi
Pelajar yang terlibat akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan dan topeng muka
Kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada jumlah sebenar bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi
Pelajar akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dgn rumah dan akan di hantar ke rumah masing-masing oleh agensi Kerajaan yg ditugaskan
Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri (no interstate travel) & hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan
Kerajaan akan menyediakan penerbangan bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah & Sarawak
Pelajar yang akan pulang ke Zon Hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dgn kampung mereka & akan menjalani kuarantin wajib 14 hari
Kerajaan akan menyediakan makan minum seperti biasa bagi pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus
Pelajar di IPT di bawah kawal selia kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, proses penghantaran pulang perlu mengikuti SOP yang ditetapkan
Sumber : Suara TV