PONTIAN – Polis terpaksa melepaskan beberapa das temb4.kan ke arah tayar sebuah lori apabila pemandunya cuba meloloskan diri ketika dikejar dari Simpang Renggam ke Benut di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian di Kampung Parit Ismail, Simpang Renggam pada jam 7.19 malam itu, pemandu lori berusia 22 tahun terbabit telah bertindak agresif untuk mengelak ditahan selepas didapati
melakukan kesalahan trafik di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, lori berkenaan sebelum itu dikesan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang di bahu jalan Kampung Parit
Ismail.
“Selepas ternampak anggota polis, suspek bertindak agresif dengan mengundur dan memecut lori ke jalan Simpang Renggam-Benut sebelum membelok ke arah Simpang Renggam”
“Suspek memandu lori secara agresif dan hampir melanggar beberapa kenderaan awam yang berada di atas jalan sekitar Jalan Parit Makasar.
Kena l4.nggar loriÂ
Anggota MPV telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori berkenaan kerana cubaan untuk memintas lori tersebut tidak dapat dilakukan akibat lori dipandu secara zig-zag untuk
menghalang MPV memotong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Lori yang dipandu lelaki berusia 22 tahun cuba meloloskan diri ketika dikejar dari Simpang Renggam.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, lori berkenaan telah diekori sehingga ke persimpangan lampu isyarat Taman Megah, Pontian sebelum suspek membuat pusingan U menghala semula ke Benut dan Simpang Renggam.
“Lori berkenaan telah berhenti di sekitar Jalan Parit Telibek kerana empat tayar telah pecah dan pemandu cuba untuk melarikan diri.
“Berlaku pergelutan kerana suspek cuba melarikan diri namun anggota MPV berjaya menangkap suspek,” katanya.
Mustafa berkata, semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai tujuh rekod berkaitan jen4yah dan d4dah.
Video polis mengejar lori berkenaan berdurasi 0.09 saat tular di media sosial sejak Ahad dan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji ketangkasan anggota polis.
Sumber fb jpj / polis