Home Petua Tips “Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Ses4k,” Ada Cubaan Balik Kampung Sebel0m...

“Tol Gombak Dan Sungai Besi Mula Ses4k,” Ada Cubaan Balik Kampung Sebel0m ‘T0tal Lockd0wn’?

104
0

Semalam kerajaan telah mengumumkan ‘total lockdown’ bagi seluruh Malaysia selepas kes wabak COV1D-19 merekodkan angka baharu iaitu lebih 8,000 kes.

Terbaharu, tular di media sosial apabila terdapat kesesakan lalu lintas yang melibatkan laluan menghala ke Pantai Timur dan Selatan tanah air.

Gambar yang tular terbabit terjadi di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi dengan ratusan kenderaan sudah mula berbaris di atas lebuh raya.


Tidak pasti ke mana tujuan mereka, tetapi ada beberapa andaian daripada warganet bahawa ini adalah cubaan rentas negeri disebabkan perintah ‘lockdown’ yang bakal dikuatkuasakan.

Beberapa warganet berharap kereta yang sedang beratur menghala ke Selatan dan Pantai Timur tanah air itu mengambil sikap bertanggungjawab dengan memikirkan penularan kes wabak COV1D-19 yang kini sudah tidak terkawal.

Selain itu, gambar terbabit turut mendapat perhatian Facebook rasmi Public Health Malaysia yang seakan kecewa dengan sikap segelintir yang cuba untuk merentas negeri.


“Sila kekal berada di mana anda berada sekarang. Jangan sia siakan pengorbanan semua. Bukan mudah untuk buat keputusan untuk lockdown,” katanya di laman Facebook mereka.

Dalam ciapan yang dimuatnaik oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman Twitter, LLM melaporkan bahawa trafik mulai sesak sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Timur.

Manakala Polis Daerah Gombak turut mengesahkan bahawa pemeriksaan ketat akan dilakukan pihaknya dan menjangkakan kesesakan lebih teruk akan berlaku akibat pemeriksaan itu.

Manakala trafik yang menghala ke Selatan pula, LLM menyatakan bahawa pada pukul jam 10.00 pagi tadi, trafik sudah mula sesak sekitar 1 KM sebelum masuk ke Tol Sungai Besi.

Situasi ini jelas tidak boleh diterima oleh warganet, tambah-tambah lagi dengan situasi COV1D-19 yang tidak terkawal.

Kebanyakan daripada mereka berharap agar pihak polis memeriksa setiap kereta dengan teliti agar tidak ada aktiviti rentas negeri hanya untuk pulang ke kampung.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : hotfm

Previous articlePU Riz Ded4h Kesuk4ran Menj4ga Neelofa
Next articlePakej Bantuan Untuk Rakyat Bakal Diumumkan, Cadangan Ketua Pemuda UMNO Ini Buat Rakyat Senyum Jika Jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here